Showing posts with label corat-coret. Show all posts
Showing posts with label corat-coret. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

That weird Question

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

I was once asked a question that struck like lightning to me.

"Eh bf dulu tak pernah kiss ke?"

Had make me wondered.

"Kenapa? Aneh sangat ke kalau tak pernah? Was it necessary? Did I look as if I can easily let it happened?"

"Kan dah cakap, tak boleh? Kenapa? Tak percaya?"

Replied with, "Sikit-sikitlah"

Sigh.

Nevermind. Maybe it sounds ridiculous. Or perhaps there is something that I should change about me.

It just remind me back to one conversation I had with my Mentor previously.

"You? Hiking?..you must be kidding me.."

Me, with one eyebrow raised replied, " Err..why? Do you think I didn't look tough enough for that activity?"

Chuckled, "Yeah..I think so.."

Duhh..

Letih.

Lantak kau lah nak fikir/percaya atau tak.

I am not living for you.

Now, If you will excuse me please, I have some other important stuff to be taken care of..




Thursday, October 13, 2011

........

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun saya jauh di mata, tapi di hati terasa beratnya penanggungan yang dialaminya.

Serba salah rasanya hati. Hendak bertanya, takut menambah ingatan dan rasa sedih. Tidak bertanya, hati tak senang duduk. Kalaulah boleh ditiup pergi segala rasa yang dialaminya, pasti saya orang pertama yang akan berbuat begitu.

Malam tadi langsung tak boleh tidur lena. Otak bagaikan tak mahu berhenti berfikir. Saya pasti dan amat tahu, setiap ujian itu tak pernah diberi Allah melainkan di dalam kemampuan kita. Tetapi menerima berita seperti itu, bukan saja dia..malahan saya sehingga hari ini masih tidak dapat menerima realitinya.

Sepertinya tiada angin, tiba-tiba saja pokok bergoyang dan tumbang sekelip mata. Entahlah..sesungguhnya hidup ini penuh misteri..

Apa pun, biarlah sesebuah hubungan itu dimaknakan dengan satu ikatan rasmi sebelum hati diberi sepenuhnya. Untuk patah hati pada usia 25 tahun, agak janggal rasanya. Kerana di usia ini kehidupan sudah seharusnya stabil dan tindakan juga sudah seharusnya matang selaras dengan pertambahan usia.




Tuesday, September 20, 2011

.nil.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Padahnya bila tak pandai jaga diri sendiri:

1. demam teruk sampai tak boleh bangun
2. tekanan darah terlalu rendah; hampir-hampir kena drip

Kesimpulanya:

1. apa jadi pun, terpaksa paksa diri untuk makan ikut waktu yang betul
2. if you cant take good care of yourself, who's gonna take up all your works? definitely nobody.

Counter measure:

1. sediakan payung sebelum hujan. regardless what situation u're in.


ps: harap2 semua mimpi ngeri akan berakhir. fufuh.~

Saturday, October 9, 2010

Putrajaya

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


salam.

okay, dah sampai Putrajaya dengan jayanya. the best thing is, TIDAK SESAT ;p kwang3. hehe.

kemalasan betul mahu kemas barang lagi untuk dibawa ke rumah sewa. ada lagi barang yang harus dibawa. perkara paling penting, bawak TV. tak tahan kehidupan tanpa internet dan TV.
"-_-"

sepanjang saya menaip di depan laptop ni, ada seorang budak kecik yang banyak cakap menempel di tepi bersama 1001 soalan. nasib baik dia tak tau membaca. ya Allah pening kepala. hahaha.

tak larat nak layan. waa... T___T

dah tu, sibuk pulak tu...

"kakak, nani nak cuba gune ni boleh tak?"

"kakak, kenapa tak boleh tekan ni?"

"kakak, cantiknya gambar ni..kat mane tu?"

"eh, nama kakak ape ye?"

"ooo..kakak nabila.."

"nama saya nani.." (tak tanye pun) hahah....

"kakak buat kerja ape ye?"

"yang ni nanti die kunci ye?"

"nani kan sekolah PASTI.."

"ade sorang kawan nani name die pun mimi.. " (tibe2 je..bile mase saya cakap ade kwn name mimi?)

the problem is....saya tak tahu macam mana nak suruh budak kecik byk cakap ni main kat depan dan tinggalkan saya dalam bilik ni. stress.

lagi satu...

"kakak, kalau kakak tak tahu, kakak tanye lah pari. nanti die mesti tolong..."

hahah....dia ingat saya ni same umur cam dia kot. isk..isk..

mungkin muke saye ni terlalu baik sehingga budak ini tak mahu pergi2 lagi sampai la nak balik. sigh. (kot?)

ha....da nak balik pun si kecik ni. hehehe...yeay! ;p

penat laa layan die....da la baby mikael ni kuat meragam kalo lambat sikit. agaknya kalo jadi baby sitter 2 bulan, konfem boley kurus..haha.

oh ni la die, si mikael yang disebut-sebut tu.. ;)


Monday, September 27, 2010

happy.


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

*smiling*

got new phone! ehe.

tu je nak bagi tau.

(i knoowww.....lame isn't it? but who cares anyway. it's my blog. ahah).

bye my lil k810i. m gonna miss u soon. haih, u had me from 2008-2010. oh-oh, gotta go to sleep now. already late. just finish reviewing the action plan for hino.

guess have to switch to working mode now. enough playing for two days. :) eh, no...two and a half days lah. ;p

p/s: wonderin how's ur life now...hopefully in the best condition. i guess i still can't get over it huh? two years. almost. and still thinking......takpe lah. Allah knows the best aite? i know im gonna get the answer sooner. everything happens for reasons.

Sunday, September 19, 2010

kisah cinta sejati



in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

baca dan hayati. :)

***

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

ps: Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Syahira di Forum Tentang Cinta.

Tuesday, September 14, 2010

rambling.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

pulang ke rumah sekejap untuk menyiapkan report. kononnya. tapi sampai sekarang masih melekat di depan laptop. aduhai.

ok, this one is last. setelah mengalami sakit perut yang agak lama dan perubahan hormon yang menakutkan. sekejap marah, sekejap nak jerit kat orang lain. akhirnya saya terpaksa membatalkan puasa 6 pada hari ni. patutlah tadi beriye je rasa nak batalkan puasa. gerak hati dah bagi hint rupanya. tapi otak lambat sikit nak proses untuk bahagian reasoning. sekarang baru tahu.


bila fikir-fikir balik. hidup pun begitu juga. Allah dah bagi hint-hint pada kita lama dah. cuma kita je yang tak boleh nak digest lagi hint-hint tu dek kekurangan ilmu di dada. bukan setakat kurangnya ilmu, kadang-kadang ilmu ada tapi kurang pulak beramal. kadang pulak, bila beramal, tahap keikhlasan pula jadi isu. em, bukan mudah untuk jadi hamba Tuhan yang terbaik. jalan ke syurga tu memang selalu penuh duri-duri.

dah melalut. tapi memang posting kali ni pun tak tau nak tulis apa. sekadar melepaskan rasa gian nak menulis je. nak kupas isu terkini; kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya. rasa terlalu berat. otak malas mahu berfikir, raya-raya gini.

tapi selepas ramadhan, memang ada azam terbaru menanti. because it's too personal, i cant just simply write it here.

"orang yang paling berguna ialah orang yang paling berbakti kepada keluarganya"

-hadith 40-