Wednesday, August 25, 2010

15 ramadhan 1431

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

lama rasanya tak menulis. susah. seperti terikat segalanya. apa yang ada di minda sekadar berlegar-legar tak mampu dikupas dan diterjemahkan dalam bentuk ayat. kalau jadi penulis ni, mau terlebih dateline dibuatnya. heh. ;p

alhamdulillah. tak sangka, sudah masuk 15 ramadhan hari ni. entah mampu atau tak untuk bertarawikh di surau an-nur lagi. bercakap tentang an-nur, ada suatu tempat bernama an-nur yang mengundang seribu satu rindu dalam hati.

An-Nur, rumahNya di UTP. betapa saya teramat rindukan saat-saat itu. yea. saat-saat yang tak mungkin akan berulang. rindu pada sebuah ukhuwah yang terbina atas dasar iman semata-mata. rindu pada kasih yang terjalin atas dasar kasih saudara seakidah. rindu pada teman-teman itu. yang sengaja saya jauhi. bukan membenci. tapi sebab saya yang terlalu jauh berlari.

tak ape lah. cerita lama usah dibuka. biar saja saya lipat kemas dalam diari hati. jadi pengajaran. atas satu keputusan paling bodoh saya pernah ambil.

dan saya sangka kan itu lah ujian terberat dalam hidup. tapi rupanya, Allah sedang mempersiapkan saya untuk satu ujian yang lebih berat. kehilangan kekasih hati saja sudah buat saya menangis setiap hari selama setahun.

tapi akhirnya, saya tetap mampu bangun semula, walaupun berkali-kali jatuh. dan Allah tak sesekali membiarkan saya terkapai-kapai mencari arah tuju sendirian. langkah demi langkah tetap setia menuntun diri saya.

Perginya seorang adik secara tiba-tiba, bukan sekadar membuatkan saya jatuh terduduk. bahkan, permergiannya adalah petunjuk buat saya. buat kami sekeluarga. sebenarnya, Allah dah bagi tanda-tanda, cuma saya saja yang tak faham. sebab?

mungkin kerana hati yang keras. dek terlalu kurangnya amal..bukan semudah itu hati mampu untuk menafsir pentunjuk Ilahi kalau wahan itu dah bersawang di jiwa dan beraja di hati. penyakit moden zaman sekarang. cuma kita saja yang tak sedar. dan mungkin sengaja tak mahu sedar bila dah tahu. itu lah manusia. (eh, dah melalut.)

ramadhan 1431...

saya tak tahu nak mula daripada mana. tapi seandainya saya bersujud, dan diberi masa selama-lamanya oleh Allah, pun tak akan mampu untuk membayangkan betapa bersyukurnya saya di atas segala-galanya daripada Dia.

sabar itu sudah mula berbuah manis.

dan saya,

saya mulai kembali kepada sebahagian diri yang ditinggalkan atas sebab yang terlalu rumit. saya masih tetap saya. tetapi saya yang pernah saya setkan sebagai benchmark, kayu pengukur itu, sudah hampir kembali semula.

sekolah al mubarak kali ni, saya berazam untuk mengutip segala ibrah dan pengajaran. untuk mendidik diri sendiri. supaya menjadi seperti yang pernah diimpikan.

kpi di antara saya dan Tuhan. itu yang saya kejar dan cuba perbaiki. dunia ini cumalah satu alat untuk kita mendapatkan keredhaanNya dan kehidupan terbaik di akhirat. nothing more than that.



Ya Allah,
kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,
dan cinta kepada orang yang mengasihiMu,
dan apa saja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu,
Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu,
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah,
apa sahaja yang kau anugerahkan kepadaku daripada apa yang kucintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang kucintai,
Maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah,
jadikanlah cintaMu cinta yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah
jadikanlah aku mencintaiMu,
malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh,

Ya Allah,
hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai,

Ya Allah,
jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.

(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s)




Saturday, August 21, 2010

cinta ini

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku

Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..


petikan: sajak Aminah Qutb kepada suaminya; daripada buku Cinta setelah Allah dan Rasul karangan Fatimah Syarha.

Monday, August 2, 2010

all we had ever need


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



ps: enjoy~ :)