Tuesday, September 20, 2011

.nil.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Padahnya bila tak pandai jaga diri sendiri:

1. demam teruk sampai tak boleh bangun
2. tekanan darah terlalu rendah; hampir-hampir kena drip

Kesimpulanya:

1. apa jadi pun, terpaksa paksa diri untuk makan ikut waktu yang betul
2. if you cant take good care of yourself, who's gonna take up all your works? definitely nobody.

Counter measure:

1. sediakan payung sebelum hujan. regardless what situation u're in.


ps: harap2 semua mimpi ngeri akan berakhir. fufuh.~

Friday, September 16, 2011

Control Plan vs Secret Garden

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Confirmed! Secret Garden menang! lol

5% saja control plan saya bergerak. selebihnya sibuk menonton Secret Garden. *sengih. Daripada review yang saya baca melalui internet, they claimed it was the best Drama as of end of last year. phewh! 20 episod okay!

Baru habis 1 episod. dan separuh episod ke-2. Baru sedar, rupanya curiosity level sudah tak setinggi dulu. semasa di UTP. Setakat nak menghabiskan 5/6 episod 1 malam hingga pagi esoknya bukan masalah besar bagi saya.

Tapi sekarang, rasanya kehidupan sudah berubah. :)


Menonton sekadar mengisi masa lapang. not that passionate to do the marathon thingy anymore. Yeah, saya tahu. Ini drama korea akhir tahun lepas dan dah ramai yang bagi review tentangnya.


Entah kenapa drama korea mesti akan menampilkan pasangan yang opposite. i guess opposite does attracts?


Jadi saya tak akan bagi review / rating tentang drama ini dalam post kali ini.

Dah lama tak layan drama korea. huhu.

Esok kerja. Lusa juga. Ahad, we will see. Insya Allah.

ps: tonite's plan was cancelled ;( sendiri minta, sendiri rasa ralat. tak apalah, ada janji yang wajib ditepati, hati yang perlu dijaga dan keselamatan diri sendiri yang perlu difikirkan. kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak jaga kan?

pss: lain kali kita plan molek-molek deh. rasanya hang out lepas kerja mungkin tak practical buat beberapa minggu ini. penat+tak mungkin akan balik awal+not in the mood for fun sebab busy

psss: dah 2 minggu tak balik rumah. rindu dah tinggi macam Everest! rindunya pada semua orang....~sigh..thinking of going back home and cancel all plans kalau ikut kapasiti rindu dan homesick ni.. *thinking..chances are...so damn low.

*re-planning mode


Friday, September 9, 2011

.life recently.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

*lap peluh.

life has been super duper pack recently. thus, i truly need to manage my time wisely. and also segregate the work accordingly. seriously. kalau semua saya nak buat macam orang gila kuasa, alamatnya..2, 3 minggu lagi adalah yang terjumpa saya pengsan di mana-mana area nanti.

*gelak.

baru sudah calling-calling bonda tercinta. she sounds happy receving my call. eceh, mestilah. anak dara dia yang paling liat nak call rumah sekadar bertanya khabar saja-saja tiba-tiba telefon. walau pun rindu tahap dewa (padahal dah cuti seminggu tapi macam tak pernah cukup) tapi terpaksa tahan sebab otak tengah ligat berfikir tentang kerja-kerja yang masih pending. yang akan masuk dan yang telah siap.

masalah utama bila masuk bab kerja bertukar mode jadi si perfect melancholic. semua nak perfect. *tak tahan dengan kerenah diri sendiri.

masalah kedua bila terjumpa kawan baik di mana-mana area. walaupun mula-mula muka serius tahap dewa berdiskusi hal kerja..entah kenapa boleh tergelak. daripada si perfect melancholic sudah jadi si popular sanguine yang bertukar seperti penguin ke'happy'-an berjumpa geng berhuha-huha. (baca: bergurau/bersakat/bergaduh)

oh crap!

sudah la saya asyik teringat gelaran pendek yang diberi dek orang-orang department untuk dia. *geleng kepala. kasihan kawan baik saya. bukan gelaran buruk. cumanya salah nama panggilan. itu yang jadi kelakar. teringat-ingat sampai hari ni. konon nak bergosip, tapi akhirnya jadi maharaja lawak. macam-macam hal department saya ni.

apa-apa pun, tetap saya sayang.! (eceh. mesti la. department sendiri)

seminggu ini, memang tak sempat fikir apa. baangun, pergi kerja, balik, tidur kepenatan. tapi tak boleh tidur lena sebab apa entah. setiap jam terjaga. takkan lah penyakit lama berulang kembali.

sigh. hopefully not.

ps: tak pasal kena komen hari ni: muka pucat, mata bengkak, pipi cengkung. aduh. baru 4 hari tak cukup makan, tak cukup rehat, tak sempat bergosip, tak main facebook (secara aktif) and the list goes on..

pss: tips daripada auditor environment yang saya baru dapat; yes, u hv to take supplement. sebab life style kita memang tak cukup dengan cara pemakanan mcm ni. kena minum susu, yadda..yadda..yadda.. phewh!

.the world is changing. and we have to keep up with it. and deal with whatever that comes through it. super fast.

.seriously.