Thursday, October 13, 2011

........

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun saya jauh di mata, tapi di hati terasa beratnya penanggungan yang dialaminya.

Serba salah rasanya hati. Hendak bertanya, takut menambah ingatan dan rasa sedih. Tidak bertanya, hati tak senang duduk. Kalaulah boleh ditiup pergi segala rasa yang dialaminya, pasti saya orang pertama yang akan berbuat begitu.

Malam tadi langsung tak boleh tidur lena. Otak bagaikan tak mahu berhenti berfikir. Saya pasti dan amat tahu, setiap ujian itu tak pernah diberi Allah melainkan di dalam kemampuan kita. Tetapi menerima berita seperti itu, bukan saja dia..malahan saya sehingga hari ini masih tidak dapat menerima realitinya.

Sepertinya tiada angin, tiba-tiba saja pokok bergoyang dan tumbang sekelip mata. Entahlah..sesungguhnya hidup ini penuh misteri..

Apa pun, biarlah sesebuah hubungan itu dimaknakan dengan satu ikatan rasmi sebelum hati diberi sepenuhnya. Untuk patah hati pada usia 25 tahun, agak janggal rasanya. Kerana di usia ini kehidupan sudah seharusnya stabil dan tindakan juga sudah seharusnya matang selaras dengan pertambahan usia.




Sunday, October 2, 2011

..nil part II..

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Hari minggu yang penuh dengan sesi tidur kerana overdose of drugs. Tak. Bukan salah guna. Tapi badan memang akan over-react sikit bila makan med banyak sangat walaupun ikot dose sebenarnya. Sebab, boleh kira dengan jari berapa kali saya ambil ubat dalam setahun. (cuma tahun ni pecah rekod. sebab tiap-tiap minggu fall sick, lepas raya.)

Tadi belek-belek gambar, baru perasan. Rupanya gambar raya paling akhir ambil bersama family adalah pada tahun 2009.

Dah 2 tahun rupanya tak ada gambar raya.

Kenapa?

Sebab tak ada guts rasanya nak bergambar satu famili. Bila ahlinya tak akan pernah cukup. it just feels weird and not right. so, instead of having family potrait on eid, we usually fill it up when some other activities.

dan kalau ada pun gambar raya, itu bukan inisiatif saya. entah. mungkin jika ada perubahan dalam bilangan ahli, barulah wujud new family potrait.

*rindu terdetik..al fatihah..