Baiklah.
Selepas hampir tiga tahun bulan bekerja sebagai seorang Jurutera (peh, ayat skema) atau bahasa glamornya Engineer, saya rasa saya dah jumpa semula pecahan-pecahan diri yang hilang dan tenggelam akibat kesibukan bekerja selama ini.
Terapi menulis rasanya sudah kembali semula. Penat juga otak ni kerana terlalu banyak menggunakan bahagian kiri. Terlebih-lebih. Sampaikan berlaku perselisihan faham dengan seorang teman. Ah, susah bila terlalu teknikal. Sebab hidup ini tidak semuanya ada hitam dan putih. Kadang-kala ada bahagian-bahagian kelabu yang memerlukan EQ melebihi IQ.
Kerana itu Al-Quran sendiri menggunakan bahasa yang indah penuh makna tersirat di sebalik tersurat. Ada ayat-ayatnya yang terus. Apabila berkaitan tentang hukum dan syariat. Tetapi ada juga ayatnya yang memerlukan kita berfikir di luar kotak (outside the box) bila berkaitan tentang keperluan emosi manusia.
The perfect manual for living. Tapi saya sendiri masih merangkak untuk memahami bahasa indahnya itu. Masih tercari-cari waktu agar bisa konsisten menelaah manuskrip cinta dari Pencipta ini.
Dua minggu lepas, saya terpandangkan sebuah buku ini dan terus membelinya,
Karya Pingu Toha. Tak. Saya tak baca lagi karya awal beliau yang bertajuk, "LUVE" itu lagi. Dulu, mungkinlah saya akan beli kedua-duanya sekali. Tak seronok kan kalau tengok cerita di pertengahan jalan? Begitu jugalah dengan novel. Tapi sekarang, saya lebih suka untuk cepat sampai ke pengakhiran. I love to know the ending more than enjoying the journey of reading the story itself. Sebab faktor usia mungkin? LOL.
Karyanya bagus sekali. Mudah untuk difahami. Garapannya indah. Cuma cerita cinta biasa-biasa yang ditulis dengan gaya bahasa luar biasa. Cerita itu boleh jadi juga cerita kamu, mereka yang kamu kenali atau juga saya. Beliau berjaya membuatkan bingkisan yang biasa-biasa itu menjadi penceritaan yang realistik dan mengupasnya dengan bahasa mudah dan menarik.
Betul lah. Lelaki memang lebih suka 'straight to the point' berbanding perempuan yang lebih suka 'beating around the bush' atas dasar menjaga hati.
Jadi, buat masa ini karya Pingu Toha merupakan karya favourite saya yang utama disebabkan ia menepati kehendak emosi & fikiran saya sekarang. Jujurnya, saya sudah malas mahu membaca cerita cinta yang berbelit-belit penuh emosi. Penat! Dan pening.
HAHA.
Hari ni memang satu pencapaian untuk saya.
*sengih*
KENAPA?
Pertama kali sejak 25 tahun saya berjaya membaiki saluran sinki tanpa perlu mendail nombor Abah atau Mak. HAHA. Kiranya sudah cukup dewasa lah kan? Sebab sebelum ini tak pernah pun sinki di rumah tu rosak. Paling-paling tidak pun, hanya siram saja air panas atau pam. Voila! Sinki elok semula.
Tapi di rumah sewa ni, lain sedikit. Dan sejak beberapa bulan asyik membuat PSS di tempat kerja. Sudahnya terbawa-bawa hingga ke rumah corak pemikiran ni. Kena mencari punca asal bagi masalah yang berlaku. Dan masalah memang selesai sekarang. Sudah boleh tersenyum melihat sinki. TAK. Bukan angau lah. Tapi kerana berjaya menyelesaikan masalah harian dengan menggunakan kaedah canggih.
LOL.
HAHA.
Bos saya mesti akan cakap begini kalau dia tahu,
"Ek eleh, nak repair sinki pun kena guna PSS ke? Boleh fikir sendiri benda simple macam tu. Common Sense la."
HAHA.
Sebab beliau selalu kata,
"Kebanyakan proses di Paintshop ni semuanya common sense. Awak boleh agak-agak sendiri punca bila masalah berlaku. Sebab proses kita kebanyakannya manual. Tak susah.."
...bila saya macam nak pecah kepala dan muka berkerut seribu trillion fikir solusi untuk masalah yang kadang-kala tak terduga atau berulang di Paintshop ni..
I am still a baby in this area aren't I? So, instead of crawling he urge me to walk. Faster. This time.
"Janganla ambil masa lama sangat nak belajar. Boleh kan?"
SAYA?
Tersengih-sengih sajalah di depan beliau seperti kerang comel (tak sanggup guna pepatah buruk tu untuk diri sendiri OK)
"OK bos."
SEKARANG?
Habis masa kerja, GOOGLE menjadi tempat persinggahan sementara untuk memuat turun segala jenis proses berkaitan Cat Automotif. Just name it, I'll google them myself and download it for sure.
HUJUNG MINGGU YANG PADAT
Jadi planning untuk hujung minggu ini, selain membeli peti sejuk baru. (WUHU~ Dah lama tunggu OK. Sudah lama terseksa menjadi si KUNO abad ke-18 menjalani kehidupan tanpa peralatan elektrik itu selama beberapa bulan)
Saya akan menghabiskan masa untuk menyiapkan segala persediaan untuk projek kecil-kecilan yang asyik tertangguh dek kesibukan melayan isu production di kilang tu.
PERGH.
Hilang fungsi sebagai Engineer sebab kapasiti digunakan untuk PRODUCTION je.
Lebih baik ditawarkan menjadi
-_-"
OK.
Minggu depan, akan genap 6 bulan saya menjadi ahli
Volvo.for life
Harap-harap harapan secerah mentari tu tetap bersinar terang tak akan padam-padam.
SWEDEN, tunggu kedatangan saya OK?
I'll work my ass out to go there. Definitely. Itu benchmark career yang saya letak untuk diri sendiri.
Semoga dipermudahkan Allah. Amin.
^^,
No comments:
Post a Comment
Your words count ;)