Tuesday, September 14, 2010

rambling.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

pulang ke rumah sekejap untuk menyiapkan report. kononnya. tapi sampai sekarang masih melekat di depan laptop. aduhai.

ok, this one is last. setelah mengalami sakit perut yang agak lama dan perubahan hormon yang menakutkan. sekejap marah, sekejap nak jerit kat orang lain. akhirnya saya terpaksa membatalkan puasa 6 pada hari ni. patutlah tadi beriye je rasa nak batalkan puasa. gerak hati dah bagi hint rupanya. tapi otak lambat sikit nak proses untuk bahagian reasoning. sekarang baru tahu.


bila fikir-fikir balik. hidup pun begitu juga. Allah dah bagi hint-hint pada kita lama dah. cuma kita je yang tak boleh nak digest lagi hint-hint tu dek kekurangan ilmu di dada. bukan setakat kurangnya ilmu, kadang-kadang ilmu ada tapi kurang pulak beramal. kadang pulak, bila beramal, tahap keikhlasan pula jadi isu. em, bukan mudah untuk jadi hamba Tuhan yang terbaik. jalan ke syurga tu memang selalu penuh duri-duri.

dah melalut. tapi memang posting kali ni pun tak tau nak tulis apa. sekadar melepaskan rasa gian nak menulis je. nak kupas isu terkini; kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya. rasa terlalu berat. otak malas mahu berfikir, raya-raya gini.

tapi selepas ramadhan, memang ada azam terbaru menanti. because it's too personal, i cant just simply write it here.

"orang yang paling berguna ialah orang yang paling berbakti kepada keluarganya"

-hadith 40-



No comments:

Post a Comment

Your words count ;)