Sunday, July 24, 2011

.the changes.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Mahu update. sekarang sudah get addicted balik dengan dunia blogging. dan saya memang perlukan aktiviti ini. badly. my therapy for healing. oh, tadi baru sudah google dan baca tentang aura. nice and interesting facts. dan ia jadi lebih menarik bila mana kita berjaya mengaitkannya dengan hakikat ketuhanan dan kehidupan. cuma, biasalah. pandai-pandai lah filter dan pilih bahan bacaan yang mana yang bermutu dan worth your time.

2 minggu lepas, saya belajar semula untuk menghargai waktu. terima kasih kepada my intelligent conversation partner! seriously, saya rasa like a slap on my face. double slap to be exact. lol

alright. let see how much did i changed from 2009-2011. ;p hopefully can see the matured look of me.

let's roll...



2008- majlis iftar bersama raja muda perak @ asjid An-Nur, UTP


2009 - Karnival Kerjaya @ PWTC


2010 - Class reunion di Fullhouse.


2011- Trip to Sweden! Training for Volvo S/V60 model. ;p

Macam tak banyak beza.cuma nampak lebih muda je. lol. gurau. gurau. lebih matang dalam bergaya. kesimpulan terawal yang boleh nampak dari paparan gambar. (tiba-tiba puji diri sendiri)

=)

apa pun, life has been great. alhamdulillah. terus saja mengorak langkah menuju kejayaan..~ hehe

see you later guys!

Saturday, July 23, 2011

the unconditional love

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Tenang. Betul lah kata-kata yang pernah saya baca-entah-di mana-dulu tentang hati. Kalau hati rasa tak tenang dan gelisah, pulanglah ke rumah. lihat wajah ayah bonda. ubat paling mujarab. selain buka manual Cinta (read: Quran), zikrullah dan solat sunat.

bukan lah hati gelisah sangat ke apa. cuma minggu ini, minggu penuh ujian. bukan tekanan kerja, tapi lebih kepada letih melayan kerenah manusia. yang pelik-pelik. aneh-aneh. dan cukup memeningkan.

kadang-kadang terfikir sendiri, 'is my face looks like i am an easy person? yang orang boleh bergurau sesuka-hati?'

rasanya perangai yang terlalu berdiplomasi kerana bencikan friction itu patut ditolak tepi bila tiba soal kerja. mungkin saya sudah patut bertegas dan tunjukkan keseriusan bila berkata-kata. teringat Mak yang baru saja menerima berita gembiranya pagi ini.

"Tahniah Bonda!"

saya tahu. Allah maha melihat. Allah tahu apa yang kita usahakan. dan tidak pernah sesekali terlepas dari perkiraanNya segala yang kita lakukan. buktinya, Mak baru saja dinaikkan ke G48. selepas mendapat kanan bulan lepas.

masya Allah. sekejap saja Allah dah beri hadiah untuk Mak atas kesabarannya. saat orang lain bersedih kerana Mak tak terpilih untuk menjadi G6 bulan lepas. Mak hanya tersenyum dan kata, belum sampai masanya lagi. tak apalah. rezeki orang lain dulu. yang penting kerja kerana Allah. bukan kerana manusia.

dan saya, cuba memujuk hati Mak dengan gurauan; Tak apalah Mak, mungkin belum sampai masanya. bila Allah tak bagi lagi..maknanya Dia nak bagi yang jauh lebih baik untuk kita. mana tahu, rezeki Mak tu Allah bagi melalui Along. 2 tahun lagi Along dapat offer ke Sweden, boleh ikut Along pergi sana.

*senyum.

Gurauan yang masih dalam timbang tara.

Kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk mencapai benchmark sebelum layak pergi ke sana. 2 tahun itu, agak-agak cukup tak untuk capai semuanya?

cukup. jika ada proper planning!.

yes, itu lah yang saya perlukan secara kritikal saat ini.

susun atur kehidupan.

.PLANNING.

.life balance.

.dunia&akhirat.

pernah dengar: your biggest enemy is you, yourself?

bukan mudah untuk berubah. tapi tak mustahil. itulah tadi, PROPER PLANNING. panduan untuk mengemudi diri sendiri dalam pelayaran hidup.


ps: welcome Ramadhan! ada rindu mula bertamu dalam hati menanti kehadiran bulan seribu barakah ini.

Friday, July 22, 2011

satu Jumaat

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam.

Masya Allah. tak sangka. beberapa hari lagi, akan hadir bulan yang dinanti-nanti penuh sabar selama sebelas bulan. bulan penuh hikmah, didikan, tarbiyah, rahmat dan pengampunan buat sekalian hambaNya.

dah lama rasanya tak meluah rasa hati. sibuk dengan kehidupan dunia dan urusan-urusan kehidupan. dan dek kesibukan itu, bila saja jari-jemari cuba menari di atas keyboard, langkahnya sumbang. dan nadanya lari. melodi dan irama tak seia dan sekata. yang disampaikan tak seperti yang ada difikiran. sudahnya langkah terus mati. entri dipadam dan laptop ditutup. gagal. untuk menyampaikan.

ada hikmahnya. kenapa tidak Allah izinkan untuk ia keluar jadi tatapan umum. mungkin saja ia patut tersimpan rapi, kejap dan kemas sebagai rasa hati. mungkin saja.

Allah lebih tahu.

kepala agak berat dengan pelbagai persoalan. kerja, hidup dan teman-teman tersayang. minggu ini yang agak berat. tetapi itulah sekolah kehidupan. tanpanya, akal tidak akan terasah tajam. dan kematangan fikiran tak akan tercapai bila mana hidup cumalah satu irama monotonous. atau cuma lah wayang gambar hitam dan putih.

harapan cuma, kaki tetap kuat melangkah.

banyak yang perlu dilihat, diperhati, dipelajari dan digunakan sebaiknya untuk mencapai marhalah dan tingkat kehidupan yang diinginkan.

statik itu suatu keadaan bahaya bagi seorang manusia.

sebagaimana kata-kata saidina Ali Karamallahuwajhah

"beruntunglah org yg hari ini lebih baik dari semalam, rugilah org yg hari ini sama seperti semalam dan celakalah org yg hari ini lebih buruk daripada semalam."

Monday, July 11, 2011

amendments.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam.

okay. finally done with the header. will resume later with some more amendments. *smile. it has been a while since i last used photoshop. kinda miss it tho..

so, nite to all. have a nice monday morning!

Salam..