in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Tenang. Betul lah kata-kata yang pernah saya baca-entah-di mana-dulu tentang hati. Kalau hati rasa tak tenang dan gelisah, pulanglah ke rumah. lihat wajah ayah bonda. ubat paling mujarab. selain buka manual Cinta (read: Quran), zikrullah dan solat sunat.
bukan lah hati gelisah sangat ke apa. cuma minggu ini, minggu penuh ujian. bukan tekanan kerja, tapi lebih kepada letih melayan kerenah manusia. yang pelik-pelik. aneh-aneh. dan cukup memeningkan.
kadang-kadang terfikir sendiri, 'is my face looks like i am an easy person? yang orang boleh bergurau sesuka-hati?'
rasanya perangai yang terlalu berdiplomasi kerana bencikan friction itu patut ditolak tepi bila tiba soal kerja. mungkin saya sudah patut bertegas dan tunjukkan keseriusan bila berkata-kata. teringat Mak yang baru saja menerima berita gembiranya pagi ini.
"Tahniah Bonda!"
saya tahu. Allah maha melihat. Allah tahu apa yang kita usahakan. dan tidak pernah sesekali terlepas dari perkiraanNya segala yang kita lakukan. buktinya, Mak baru saja dinaikkan ke G48. selepas mendapat kanan bulan lepas.
masya Allah. sekejap saja Allah dah beri hadiah untuk Mak atas kesabarannya. saat orang lain bersedih kerana Mak tak terpilih untuk menjadi G6 bulan lepas. Mak hanya tersenyum dan kata, belum sampai masanya lagi. tak apalah. rezeki orang lain dulu. yang penting kerja kerana Allah. bukan kerana manusia.
dan saya, cuba memujuk hati Mak dengan gurauan; Tak apalah Mak, mungkin belum sampai masanya. bila Allah tak bagi lagi..maknanya Dia nak bagi yang jauh lebih baik untuk kita. mana tahu, rezeki Mak tu Allah bagi melalui Along. 2 tahun lagi Along dapat offer ke Sweden, boleh ikut Along pergi sana.
*senyum.
Gurauan yang masih dalam timbang tara.
Kerana masih banyak yang perlu diperbaiki untuk mencapai benchmark sebelum layak pergi ke sana. 2 tahun itu, agak-agak cukup tak untuk capai semuanya?
cukup. jika ada proper planning!.
yes, itu lah yang saya perlukan secara kritikal saat ini.
susun atur kehidupan.
.PLANNING.
.life balance.
.dunia&akhirat.
pernah dengar: your biggest enemy is you, yourself?
bukan mudah untuk berubah. tapi tak mustahil. itulah tadi, PROPER PLANNING. panduan untuk mengemudi diri sendiri dalam pelayaran hidup.
ps: welcome Ramadhan! ada rindu mula bertamu dalam hati menanti kehadiran bulan seribu barakah ini.
No comments:
Post a Comment
Your words count ;)