Thursday, October 13, 2011

........

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun saya jauh di mata, tapi di hati terasa beratnya penanggungan yang dialaminya.

Serba salah rasanya hati. Hendak bertanya, takut menambah ingatan dan rasa sedih. Tidak bertanya, hati tak senang duduk. Kalaulah boleh ditiup pergi segala rasa yang dialaminya, pasti saya orang pertama yang akan berbuat begitu.

Malam tadi langsung tak boleh tidur lena. Otak bagaikan tak mahu berhenti berfikir. Saya pasti dan amat tahu, setiap ujian itu tak pernah diberi Allah melainkan di dalam kemampuan kita. Tetapi menerima berita seperti itu, bukan saja dia..malahan saya sehingga hari ini masih tidak dapat menerima realitinya.

Sepertinya tiada angin, tiba-tiba saja pokok bergoyang dan tumbang sekelip mata. Entahlah..sesungguhnya hidup ini penuh misteri..

Apa pun, biarlah sesebuah hubungan itu dimaknakan dengan satu ikatan rasmi sebelum hati diberi sepenuhnya. Untuk patah hati pada usia 25 tahun, agak janggal rasanya. Kerana di usia ini kehidupan sudah seharusnya stabil dan tindakan juga sudah seharusnya matang selaras dengan pertambahan usia.




2 comments:

Your words count ;)