in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Monday, November 28, 2011
1433H
in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
As salam.
Alhamdulillah. Tahun baru Hijrah sudah memunculkan diri. 1433H. Bermakna sudah lebih 1433 tahun Al-Quran menjadi manual cinta dan kehidupan manusia.
Untuk saat dan ketika ini, pada usia suku abad jika ditilik dan dibelek-belek, hidup saya tidaklah sesempurna mana. Kalau dibuka semula karangan wishlist daripada tahun sudah, berjela-jela panjangnya lagi harapan dan impian yang belum tertunai.
Rumah = masih menyewa
Kereta = masih menggunakan kereta Bonda
Gaji = masih belum mencecah 5k. Not even closer.
Lagi?
Ahh..terlalu banyaklah lagi yang masih belum tercapai walaupun usia hari demi hari berlalu dengan pantas. Semakin hampir dengan kubur. (bunyi macam dah tua, tapi ini hakikat..setiap saat yang berlalu bermakna semakin hampirnya kita pada tempat tinggal sementara kita itu, right?)
Tapi walaupun impian masih banyak yang belum tertunai (mungkin patut sertai pertandingan Sejuta Impian. ambil shortcut) tapi hati tetap rasa puas.
Life is more than just achieving something, it is also about enjoying every bits and pieces of it wholly.
Sekurang-kurangnya, saya masih tetap boleh pulang ke rumah ayah bonda setiap hari. Walaupun itu bermakna terpaksa melalui 45 minit perjalanan ulang-alik daripada rumah sewa/pejabat. Dan itu pun selalunya saya 'cut it short' aje bila-bila mahu ke 35 atau 30 minit.
Walaupun diakui, penat itu berganda jika berulang-alik dari rumah ayah bonda setiap hari ke pejabat, tapi ajaibnya rasa itu hilang saat saja melihat wajah ayah bonda. Biarlah betapa banyaknya kerja di pejabat belum habis atau betapa bertimpa-timpanya masalah di sana, ia hilang bagai angin lalu.
begitulah significantnya ayah bonda dalam hidup saya.
Atas sebab itu, saya terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup bersama mereka sehingga ke detik ini.
dan harap-harap mereka tetap di tangga teratas carta cinta hati saya sampai kapan pun. Biarpun saya sudah beranak cucu nanti.
Insya Allah.
Tuesday, November 8, 2011
Happiness part I
in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Semalam adalah hari yang penuh diskusi. Diskusi tentang hidup, tentang idea, tentang ke mana arah tuju yang harus diambil, tentang fikrah dan tentang hati.
Cinta Pertama dan Patah Hati
3 tahun dulu, saya mencari-cari jawapan pada setiap kata yang menyakitkan, pada setiap baris ayat yang melukakan. sampai satu masa hati berputus asa menanti jawapan Dia atas apa yang terjadi. Mungkin saya tak akan pernah tahu apa yang terjadi di dalam sekeping hati itu. Tak akan pernah bisa memahami apa yang ada di fikirannya.
Sehingga satu masa saya sampai ke satu fasa. Daripada fasa pasrah - benci - marah - pasrah kembali dan akhirnya redha. Kenapa saya katakan saya kembali ke fasa pasrah, kerana waktu itu saya kembali merasionalkan hati dan belajar untuk melihat takdir itu dari satu sisi yang lain.
Di sebalik sakitnya hati ditinggalkan, saya melihat kembali siapa saya sekarang. Apa yang telah dicapai. Di mana saya berdiri. Saya menoleh kembali melihat bagaimana Allah menuntun setiap perjalanan saya dengan sabarnya. Walau pun saya seringkali terjatuh, menangis, merungut dan kadang kala berdegil, melepaskan tangan dan berlari mengikut jalan sendiri seperti anak-anak kecil yang degil dan berkeras tetap mahukan apa yang diingini walaupun dilarang berkali-kali.
Tetapi sayangnya, hati masih tetap masih menyimpan sakit. Memaafkan, tetapi tidak melupakan. Pasrah tetapi tidak redha. Itulah yang selalu terjadi pada kita. Manusia. Rasa seperti sudah melupakan, tetapi hakikatnya hati tetap menyimpan amarah jauh di dalam lubuk hati. Betul kita punya hak itu, kerana mungkin saja kita berasa di pihak yang teraniaya. Mungkin saja.
Tetapi hidup ini walau bagaimana perit dan buruknya ia pada satu bahagian, tetap ada kebaikannya di satu sisi lain. Kerana di dalam setiap kesempitan, tetap ada kelapangan. Itu janji Allah. Pada dasarnya, saya fikirkan saya faham yang setelah berlalu fasa 'hitam' pastilah tiba fasa 'cahaya'. Tetapi rupanya bukan itu yang di maksudkan Allah.
Janji Tuhan
Di dalam kegelapan, kesempitan, tetap ada cahaya dan kelapangan. Itulah janji Allah sebenarnya.
Kehidupan itu tidak pernah sempurna. Life is always like that. seperti mana kita melihat sebiji gelas yang terisi air separuh. Jika kita katakan gelas itu separuh kosong, itu benar. Dan andai kita mengatakan gelas itu separuh penuh. Itu juga benar. Di dalam setiap nikmat, tetap ada ujian, dan di dalam setiap kesakitan yang diuji pada kita juga ada nikmat tersendiri buat kita. Lihat saja bagaimana ujian yang menyakitkan itu membentuk siapa diri kita sekarang.
Tetapi;
"What happen to us is only 10%, 90% is depend on how we react to it.."
Justeru berbalik pada cerita tentang hati yang pernah berderai 3 tahun dulu. Yang kini sudah tercantum dan sembuh kembali. Dan mungkin kerana saya sudah sampai ke fasa pasrah-redha, Allah akhirnya membuka sendiri jalan kepada persoalan-persoalan yang pernah bermain di fikiran saya 3 tahun dulu. Saya fikir saya tak akan pernah tahu jawapan dia, tetapi rupanya Allah 'simpan' dahulu jawapan itu sehingga saya benar-benar sudah sampai ke fasa pasrah-redha.
Macam Mana Saya Tahu Saya Sampai ke Fasa Pasrah-Redha?
Fasa di mana hati telah memaafkan setulusnya dan tiada rasa sakit yang terdetik. Orang putih kata; Forgive and Forget. but wholly and truly from the heart...
Ini cuma hati kita dan Allah saja yang bisa menghakiminya. Bukan orang lain. Dan bila kita tiba di fasa ini, dengan sendirinya hati merasa erti bahagia dengan sebenar-benar bahagia..
Subscribe to:
Posts (Atom)