Monday, November 28, 2011

1433H

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

As salam.

Alhamdulillah. Tahun baru Hijrah sudah memunculkan diri. 1433H. Bermakna sudah lebih 1433 tahun Al-Quran menjadi manual cinta dan kehidupan manusia.

Untuk saat dan ketika ini, pada usia suku abad jika ditilik dan dibelek-belek, hidup saya tidaklah sesempurna mana. Kalau dibuka semula karangan wishlist daripada tahun sudah, berjela-jela panjangnya lagi harapan dan impian yang belum tertunai.

Rumah = masih menyewa

Kereta = masih menggunakan kereta Bonda

Gaji = masih belum mencecah 5k. Not even closer.

Lagi?

Ahh..terlalu banyaklah lagi yang masih belum tercapai walaupun usia hari demi hari berlalu dengan pantas. Semakin hampir dengan kubur. (bunyi macam dah tua, tapi ini hakikat..setiap saat yang berlalu bermakna semakin hampirnya kita pada tempat tinggal sementara kita itu, right?)

Tapi walaupun impian masih banyak yang belum tertunai (mungkin patut sertai pertandingan Sejuta Impian. ambil shortcut) tapi hati tetap rasa puas.

Life is more than just achieving something, it is also about enjoying every bits and pieces of it wholly.

Sekurang-kurangnya, saya masih tetap boleh pulang ke rumah ayah bonda setiap hari. Walaupun itu bermakna terpaksa melalui 45 minit perjalanan ulang-alik daripada rumah sewa/pejabat. Dan itu pun selalunya saya 'cut it short' aje bila-bila mahu ke 35 atau 30 minit.

Walaupun diakui, penat itu berganda jika  berulang-alik dari rumah ayah bonda setiap hari ke pejabat, tapi ajaibnya rasa itu hilang saat saja melihat wajah ayah bonda. Biarlah betapa banyaknya kerja di pejabat belum habis atau betapa bertimpa-timpanya masalah di sana, ia hilang bagai angin lalu.

begitulah significantnya ayah bonda dalam hidup saya.

Atas sebab itu, saya terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup bersama mereka sehingga ke detik ini.

dan harap-harap mereka tetap di tangga teratas carta cinta hati saya sampai kapan pun. Biarpun saya sudah beranak cucu nanti.

Insya Allah.


No comments:

Post a Comment

Your words count ;)