Friday, March 25, 2011

perhaps its gonna happen in few years time?

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Well, it doesn't hurt to dream a lil bit isn't it?

*grinning*

enjoy the show!

Sunday, March 13, 2011

the inexplicable feelings

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


09.38 am.

masih di depan laptop. dengan pelbagai susunan ayat untuk report. tapi masih gagal nak karang ayat untuk jadi satu report lengkap.

KENAPA boleh buat keputusan semudah ABC dalam masa 5 minit yang akhirnya menyebabkan.....(sambung sendirilah)

11.40 am

Habis baca blog Adik. Tiba-tiba rasa rindu giler.

  • Giler punya rindu nak tengok sengihan dia bila kena BANG dengan saya.


  • Rindu nak dengar nasihat tajam berapi dia bila saya mengadu masalah remeh-temeh. Padahal saya The Big Sista dan dia The Middle Brother.

Dan dengar dia cakap;

"Ek eleh, masalah macam ni pun nak tension sampai runtuh langit ke?" Dan buat muka annoying-apa hal la akak aku sorang ni)



  • Rindu nak sakat dan buat dia jealous dengan setiap pencapaian saya. (siblings are always like that. ke kitorang je?)



  • Rindu nak dera dia jadi Bodyguard ke mana saja saya mahu pergi bila tiada teman yang free.


Tapi sebenarnya, saya memang rindu sangat kehadiran dia...sangat rindu..tak tahu nak cakap.

God knows how much I miss him.



Minggu ini selalu teringat dia.

Mungkin sebab saya ada satu berita gembira yang saya nak sangat kongsi dengan dia.

"HEY! Along dapat pergi Sweden! Nak apa?" (sambil buat muka double-jerk-penuh-annoying)

  • Dan rindu mahu dengar jawapan sarkastik dia;

"Kau belikan aku Iphone 4 satu! Eh, tak nak lah. Aku nak gadget paling mahal. Nanti aku google dulu..HAHA.." (sambil buat muka even-more-annoying-dengan-sengihan-gigi-besinya)


Tapi tak dapat.

Sebab dia dah ada di tempat yang jauh lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Saya tahu, dia tahu apa yang saya nak kongsikan dengan dia. Saya juga tahu dia tahu apa yang saya lalui. Cuma saya je yang tak dapat lihat dia sebagaimana dia boleh lihat saya.

Sebab alam roh itu lain dengan alam nyata.

Unless Allah buka hijab saya, dan saya boleh nampak yang ghaib. But that will include those unwanted things too. Isk. Tamau.

OKAY. DONT FREAK OUT.

Saya belum sakit mental lagi. Cuma saya betul-betul rindu adik saya. Sangat. Sangat.

Mungkin juga sebab ada jarak yang terbina antara saya dan DIA tanpa sedar. Lalu ditiupkan angin rindu ini agar saya bisa sedar, nun di sana ada yang sedang menanti , tak sabar bertemu di taman penuh wangian.

Supaya dalam perjalanan ini, langkah yang pincang itu bisa diluruskan semula. Supaya hati yang terabai ini bisa disirami dengan titisan embun kalimahNya yang menyejukkan.

Al-Fatihah buat adik yang selalu dirindui.

Mohamad Ili Amir Farhan Mohd Zazili

1990-2010

Miss you. I do. So much.


Tuesday, March 1, 2011

between the lines.



in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


sometimes in life,
you're given choices.
more than you expected.
and you become indecisive.
to choose which one is the best. for you.

in the end,
you lose it all. and left undecided.



sometimes in life,
you wonder. when you have nothing to choose.
and you need to accept everything.
out of your own will.

though it seems pretty impossible to endure,
you finally succeed
and make it to the end.


now,
i am still searching for that perfect pair of shoes.
too many choices.
too little time..

and yeah, quite difficult to decide.


why can't it be easy for me??


T_______T






Monday, February 28, 2011

No String Attached

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

♥ In life, we are all given a key to someone's heart & we spend half of it trying to find who's heart our key belongs to....

Saturday, February 26, 2011

The Magic is back again


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Baiklah.

Selepas hampir tiga tahun bulan bekerja sebagai seorang Jurutera (peh, ayat skema) atau bahasa glamornya Engineer, saya rasa saya dah jumpa semula pecahan-pecahan diri yang hilang dan tenggelam akibat kesibukan bekerja selama ini.


Terapi menulis rasanya sudah kembali semula. Penat juga otak ni kerana terlalu banyak menggunakan bahagian kiri. Terlebih-lebih. Sampaikan berlaku perselisihan faham dengan seorang teman. Ah, susah bila terlalu teknikal. Sebab hidup ini tidak semuanya ada hitam dan putih. Kadang-kala ada bahagian-bahagian kelabu yang memerlukan EQ melebihi IQ.


Kerana itu Al-Quran sendiri menggunakan bahasa yang indah penuh makna tersirat di sebalik tersurat. Ada ayat-ayatnya yang terus. Apabila berkaitan tentang hukum dan syariat. Tetapi ada juga ayatnya yang memerlukan kita berfikir di luar kotak (outside the box) bila berkaitan tentang keperluan emosi manusia.


The perfect manual for living. Tapi saya sendiri masih merangkak untuk memahami bahasa indahnya itu. Masih tercari-cari waktu agar bisa konsisten menelaah manuskrip cinta dari Pencipta ini.


Dua minggu lepas, saya terpandangkan sebuah buku ini dan terus membelinya,




Karya Pingu Toha. Tak. Saya tak baca lagi karya awal beliau yang bertajuk, "LUVE" itu lagi. Dulu, mungkinlah saya akan beli kedua-duanya sekali. Tak seronok kan kalau tengok cerita di pertengahan jalan? Begitu jugalah dengan novel. Tapi sekarang, saya lebih suka untuk cepat sampai ke pengakhiran. I love to know the ending more than enjoying the journey of reading the story itself. Sebab faktor usia mungkin? LOL.


Karyanya bagus sekali. Mudah untuk difahami. Garapannya indah. Cuma cerita cinta biasa-biasa yang ditulis dengan gaya bahasa luar biasa. Cerita itu boleh jadi juga cerita kamu, mereka yang kamu kenali atau juga saya. Beliau berjaya membuatkan bingkisan yang biasa-biasa itu menjadi penceritaan yang realistik dan mengupasnya dengan bahasa mudah dan menarik.


Betul lah. Lelaki memang lebih suka 'straight to the point' berbanding perempuan yang lebih suka 'beating around the bush' atas dasar menjaga hati.


Jadi, buat masa ini karya Pingu Toha merupakan karya favourite saya yang utama disebabkan ia menepati kehendak emosi & fikiran saya sekarang. Jujurnya, saya sudah malas mahu membaca cerita cinta yang berbelit-belit penuh emosi. Penat! Dan pening.


HAHA.


Hari ni memang satu pencapaian untuk saya.


*sengih*


KENAPA?


Pertama kali sejak 25 tahun saya berjaya membaiki saluran sinki tanpa perlu mendail nombor Abah atau Mak. HAHA. Kiranya sudah cukup dewasa lah kan? Sebab sebelum ini tak pernah pun sinki di rumah tu rosak. Paling-paling tidak pun, hanya siram saja air panas atau pam. Voila! Sinki elok semula.


Tapi di rumah sewa ni, lain sedikit. Dan sejak beberapa bulan asyik membuat PSS di tempat kerja. Sudahnya terbawa-bawa hingga ke rumah corak pemikiran ni. Kena mencari punca asal bagi masalah yang berlaku. Dan masalah memang selesai sekarang. Sudah boleh tersenyum melihat sinki. TAK. Bukan angau lah. Tapi kerana berjaya menyelesaikan masalah harian dengan menggunakan kaedah canggih.


LOL.


HAHA.


Bos saya mesti akan cakap begini kalau dia tahu,


"Ek eleh, nak repair sinki pun kena guna PSS ke? Boleh fikir sendiri benda simple macam tu. Common Sense la."


HAHA.


Sebab beliau selalu kata,


"Kebanyakan proses di Paintshop ni semuanya common sense. Awak boleh agak-agak sendiri punca bila masalah berlaku. Sebab proses kita kebanyakannya manual. Tak susah.."


...bila saya macam nak pecah kepala dan muka berkerut seribu trillion fikir solusi untuk masalah yang kadang-kala tak terduga atau berulang di Paintshop ni..


I am still a baby in this area aren't I? So, instead of crawling he urge me to walk. Faster. This time.


"Janganla ambil masa lama sangat nak belajar. Boleh kan?"


SAYA?


Tersengih-sengih sajalah di depan beliau seperti kerang comel (tak sanggup guna pepatah buruk tu untuk diri sendiri OK)


"OK bos."


SEKARANG?


Habis masa kerja, GOOGLE menjadi tempat persinggahan sementara untuk memuat turun segala jenis proses berkaitan Cat Automotif. Just name it, I'll google them myself and download it for sure.



HUJUNG MINGGU YANG PADAT


Jadi planning untuk hujung minggu ini, selain membeli peti sejuk baru. (WUHU~ Dah lama tunggu OK. Sudah lama terseksa menjadi si KUNO abad ke-18 menjalani kehidupan tanpa peralatan elektrik itu selama beberapa bulan)


Saya akan menghabiskan masa untuk menyiapkan segala persediaan untuk projek kecil-kecilan yang asyik tertangguh dek kesibukan melayan isu production di kilang tu.


PERGH.


Hilang fungsi sebagai Engineer sebab kapasiti digunakan untuk PRODUCTION je.


Lebih baik ditawarkan menjadi PRODUCTION ENGINEER daripada menjadi QUALITY & PROCESS ENGINEER bila skop kerja tertumpu pada production je.


-_-"


OK.


Minggu depan, akan genap 6 bulan saya menjadi ahli

Volvo.for life

Harap-harap harapan secerah mentari tu tetap bersinar terang tak akan padam-padam.


SWEDEN, tunggu kedatangan saya OK?


I'll work my ass out to go there. Definitely. Itu benchmark career yang saya letak untuk diri sendiri.


Semoga dipermudahkan Allah. Amin.


^^,

Friday, February 25, 2011

randomness

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


many things happened recently.

lost someone so dear. caught up with work the very the tightly. gedik. and then meet up with someone new. had headache over petty issues. stress for nothing and over nothing. and this cycle goes on over and over and over again.

missmymomanddadandtherestofthefamilysodamnbadly. and..err nothing.


Wednesday, February 9, 2011

rupa itu penting.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

al kisah...

org A: kerja kat Volvo ke? bhgn mane?....

sy: (baru nak jwb)...

org A: kt bhgn Admin ek?

sy: err....muke sy ni takde mcm engineer langsung ke?????

org A: engineer????takde langsung pun...engineer ke???

*duh*

i always think look doesnt matter. but may be it counts!

my MD also had second thought about me at first.

why?

sebab dia kata, daripada rupa saya dia rasa ragu-ragu...whether i am capable enough to work in this area sebab kebanyakannya lelaki, dan dia rasa mungkin agak susah bagi saya untuk menangani if there is any issue arises.

my boss said;

kena garang sikit tau. tapi janganla sampai hilang ciri-ciri keperempuanan pulak. kalau tak nanti susah...


me;

*muke sy ni tak cukup lasak ke?*

tapi rasanya....so far ok je. takde pulak masalah. semua bagi kerjasama je.

(cuma rasa macam overprotected pun ade).


bila tanya kawan lain,

orang B: *gelak besar* ...muka lembut sgt. tak takut langsung. sebab tu la kot. mcm lagi sesuai jadi cikgu ke lecturer ke.

me: heh?!

kesimpulan: mungkin lepas ni, kena buat muke serius takyah senyum da. baru nampak macam garang. tapi bile buat mcm tu, pagi-pagi orang da tanya, apesal tension je ni? -_-"