Salam.
Hari ini saya merajuk dengan seseorang. bukanlah sengaja mahu kecil hati. Tak. Saya bukanlah orang yang mudah kecil hati untuk perkara remeh-temeh. boleh dibilang dengan jari berapa kali rajuk saya dengan teman baik merangkap teman sebilik 4 tahun di UTP dulu. Betul. Tak tipu.
Tapi hari ini saya kecil hati disebabkan terasa betapa rupa-rupanya saya seorang saja yang terfikir-fikir tentang orang. mengambil berat tapi rupanya itu tidak perlu. agak malang bila itu teraplikasi pada orang yang salah, yang saya pelajari daripada teman baik merangkap teman sebilik 4 tahun di UTP dahulu.
Ignorant
Awal-awal kemasukan saya ke UTP dulu, saya bukan lah orang yang akan mengambil berat tentang orang lain. lagi-lagi jika orang itu baru-baru saja dikenali. jangan harap untuk saya benar-benar ambil berat. sekadar cukup syarat boleh la.
(baca: cukup syarat - mengambil tahu seadanya sebagaimana sepatutnya)
dan saya cuma memikirkan kehidupan saya lebih berbanding berfikir tentang hati dan perasaan orang lain. orang putih kata-ignorant. that's the best word to describe what i used to be in 2004/2005.
semua itu saya pelajari ketika berada di matriks. setahun belajar di matriks, saya belajar untuk berada di atas kaki sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain. sendirian tercampak di Matriks Kedah dan terpisah jauh daripada teman-teman baik waktu di MRSM Taiping betul-betul buatkan saya belajar satu benda penting; you're on your own. nobody cares for you if you dont give your damn and strive harder.
mujur saja saya bertemu kembali dengan teman-teman lama daripada menengah rendah sebelum berpindah ke MRSM Taiping. dengan sukatan pelajaran 2 tahun yang dipadatkan untuk pembelajaran selama setahun; hampir pecah otak belajar dan 'struggle' seperti apa je. entah kenapa batch saya; tahun 86..selalu saja menjadi lab rat.
Kami adalah batch pertama yang harus belajar selama setahun bersama sukatan pelajaran 2 tahun! Betapa packnya jadual sehinggakan cuti semester cuma cukup seminggu dua saja. usah tanyalah cuti-cuti lain. tak akan sempat untuk bercuti pun.
Makanya dalam keadaan seperti itu, siapalah yang tak akan terkejar-kejar dan bersikap seperti lu-lu, gua-gua. Walaupun tidak semua. tapi majoriti seperti itu.
UTP - segalanya bermula
Jadi tahun pertama saya di UTP, saya banyak belajar daripada dia; Syukriyah Asriyah ini tentang erti sebenar persahabatan. Lebih dari sekadar mengambil berat. Saya belajar untuk memahami & bertolak ansur. Belajar untuk berkongsi segala-galanya tanpa perlu ada rasa memiliki. Belajar untuk memberi tanpa sesekali mengharapkan/memikirkan tentang pemberian itu diberi balasan atau tidak. Belajar, bahawa hakikat kehidupan itu kita saling inter-related. sama ada kita mahu atau tidak. sedar atau tidak.
Saya belajar semula untuk menjadi diri saya yang kehilangan sifat itu lantaran hambatan masa sewaktu belajar di matriks.
Dan sifat ini, sama ada sedar atau tidak rupanya terbawa-bawa hingga kini. Saya akan automatik ter'ambil' berat tentang orang sekeliling yang saya consider sebagai dekat di sisi saya. Walaupun saya jarang-jarang dapat meluangkan masa bersama, tapi sebenarnya setiap kali saya ingin melakukan sesuatu saya akan fikirkan tentang mereka; jika perkara tersebut can be connected to them.
Nampak seperti tak pernah kisah, kerana saya jarang bertanya..selalu sibuk bersama urusan sendiri..tapi sebenarnya saya kisah dan ambil tahu. Cuma orang saja yang tak tahu. Sebab saya seorang yang observant sebenarnya. Saya akan tanya kalau perlu. Nanti terlebih tanya orang akan kata menyibuk pula walaupun kita melakukannya atas dasar concern semata-mata.
Entahlah baik atau tidak sifat ini. Tapi kadang-kala agak menyusahkan juga. Lebih-lebih lagi jika yang diambil berat itu berlainan jantina. Sudah berapa kali timbul salah faham yang menyebabkan putusnya hubungan yang bernama persahabatan itu kerana sifat ini. Memang tak pandai untuk menapis setakat mana sifat ambil berat ini patut ada untuk kesekian-sekian orang.
Mudah untuk menyayangi atas nama persahabatan. Tetapi tak semudah itu untuk memberi hati untuk mencintai kerana pengalaman lepas sangat mengajar saya bahawa hati ini mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh andainya terluka.
Bukan tidak mahu memberi peluang. tetapi peluang itu terbuka buat yang benar-benar ikhlas. dan keikhlasan akan terlihat dengan sendirinya. cuma mengambil masa sikitlah.
ps: Maaflah. sifat mengambil berat terlebih ini pasti lah merimaskan sesetengah orang yang tidak biasa.
pss: tak, saya dah cool down dah. akan cool down dengan sendirinya selepas beberapa jam. :)
No comments:
Post a Comment
Your words count ;)