in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Salam.
Catchy tak tajuk entri kali ni? sekali baca, bunyinya macam orang yang tengah jatuh cinta. jatuh tergolek-golek tahap kritikal. orang putih kata; head over heels lah!
tapi sebenarnya hati hilang bukan kerana dicuri. atau diculik. tak. semua tu tak betul. bila saya letakkan status ini di mukabuku@facebook..tu dia, berbelas komen masuk. tapi semuanya tak dapat menangkap maksud di sebalik baris kata.
hilang bukan kerana dicuri.
hilang bukan kerana cinta.
(diulang)
hilang kerana terlalu fokus pada life sehingga ramadhan yang tiba bagai tiada beza dengan bulan-bulan yang lain. jika diikutkan alasan, 1001 alasan boleh diberi.
contoh:
1. penat berkerja.2. terlalu sibuk; kerja kena bawa balik.3. sibuk bersilaturrahim aka berbuka puasa bersama teman-teman/sahabat baik.
tapi itu lah. apa sebenarnya yang ada dalam ramadhan yang tiada dalam bulan-bulan lain? 4 hari saya balik ke rumah, itu bukan atas dasar ingin spend masa bersama keluarga semata-mata. tapi lebih kepada satu escapism untuk mencari hati yang semakin hilang. terbawa dek arus kehidupan yang begitu menekan.
sudah 15 hari berpuasa, refleksi diri kalau dibuat agak mendukacitakan. tetapi masih berbaki 14 hari lagi untuk ditempuhi. makanan buat jiwa itu lah terutama di kala ini. bukan sekadar perut penuh terisi. tetapi juga jiwa harus diisi agar kehidupan bisa diseimbangkan.
jika selalu telinga disumbat dengan lagu pelbagai genre sebagai halwa telinga. untuk sebulan ini, sumbat lah ia dengan zikrullah dan ayat-ayat Allah.
jika 11 bulan sebelum ini, Kalamullah hanya mampu dibaca 1 helai setiap hari, habiskan lah sekurang-kurangnya sejuzuk satu hari.
jika 24 jam itu 2/3 daripadanya lebih banyak terisi dengan makanan minda dan habluminannas, isikan lah ia dengan makanan jiwa dan memperbanyakkan hablumminallah.
ramadhan tak lama.
29 hari sahaja.
sekali dalam setahun.
entahkan bertemu lagi selepas ini, Allah saja yang tahu.
terlalu sukarkah meraih rahmat Allah di saat segala pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka tertutup rapat?
atau hati yang terlalu keras membeku?
selagi nafas itu masih ada, raihlah rahmat & maghfirahNya..
jualan murah/ mega sale milik Tuhan ini cuma sekali setahun.
berbanding mega sale manusia yang berkali-kali setahun.
rebutlah sebelum terlambat...
~peringatan buat hati, yang telah ditemui kembali~
No comments:
Post a Comment
Your words count ;)