Tuesday, August 9, 2011

risau seorang teman baik

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


"kalau asyik-asyik cari saya aje, bila masa awak nak keluar dengan orang lain?"

"macam mana nak ada boyfriend macam ni? yadayadayada.."

"bagilah peluang kat orang tu. apa salahnya cuba bagi peluang dengan belajar menerima dia? try to get to know him by giving him the key to your heart." (sort of..tak ingat the exact phrase)

"cuba minta tolong dekat peminat-peminat awak tu kalau ada masalah..yadayadayada.."

di atas adalah ayat-ayat berbentuk tekanan yang diterima oleh saya baru-baru ini. sigh. kenapalah harus saya yang di'push' untuk persoalan-persoalan seperti ini? do i look like i am desperate enough? no, i don't think so. tapi yang anehnya orang sekeliling risau melebihi kerisauan saya terhadap diri sendiri.

i do care about myself. alot.

dan betul, saya memang keanak-anakan. manja. kadang-kala bertindak tidak matang. dan selalu merisaukan insan-insan sekeliling dengan sifat pelupa saya yang agak kronik. dan yes, wajah saya diakui kelihatan seperti i am helpless and need extra care from each and everyone around me.

tapi percayailah saya. saya mampu. kerana saya pernah melaluinya. bahkan lebih berat dari ini dugaannya.

walaupun wajah saya kelihatan seperti lembut (atau lemah?) dan selalu bersikap riang-ria, lurus bendul and innocent.

saya punyai pemikiran yang matang. cuma malas saja mahu menggunakannya. kecuali terpaksa dan apabile melibatkan isu-isu kritikal dan kritis. jika isu-isu lain, saya memang akan ambil mudah saja.

sigh. letih lah bila diasak dengan pertanyaan-pertanyaan tanpa dapat memberi jawapan konkrit.

duhai teman baik yang saya kasihi,

terima kasih kerana mengambil berat tentang status saya. saya sangat menghargainya. tulus dari sudut hati ini. tetapi soal hati, perasaan dan jodoh itu bukan sesuatu yang boleh dipaksa. saya berusaha. tetapi usaha itu bukanlah melalui keluar dengan setiap lelaki yang ada atas alasan untuk mengenali. atau melayan setiap sms yang entah-siapa-siapa hantar. tidak. itu bukan cara saya. mungkin itu cara terbaik untuk orang lain. tapi bukan saya.

biar saja itu jadi rahsia antara saya dan Maha Pencipta. Dia lebih tahu siapa saya, dan bagaimana diri saya sebenar-benarnya. dan apakah bentuk usaha yang saya lakukan. Allah lebih tahu. Justeru biar saja Dia yang menilai dan memberikan petunjuknya. Usah risau kerana saya, perancangan hidup awak jadi kucar-kacir dan terganggu. Plan your life. you have the right. sebab sebagai teman baik, saya akan tetap mendoakan yang terbaik untuk awak. walaupun, saat itu bermakna awak harus berlalu pergi dan membina kehidupan sendiri bersama yang tersayang.

itu percaturan sebuah kehidupan. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. sama ada perpisahan hidup atau kekal. jika dalam lipatan takdir, sudah sampai masanya untuk mengucapkan selamat, maka redhalah hati untuk menerimanya.

Allah mempertemukan kita dengan insan-insan sekeliling, untuk membentuk diri kita menjadi hamba yang lebih baik. kerana yang sebenar-benarnya, hidup dan mati ini untuk Dia. everything else matters when it helps our bond with Him grow stronger. other than that, can be left alone.

*senyum

betul tak teman baik?


jangan terlalu risau kan saya. i am fine. super fine. *crossed fingers. insya Allah.



No comments:

Post a Comment

Your words count ;)