in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful
Usai membaca tentang peristiwa yang sedang berlaku di Gaza sana. Masih diserang. Dan berapa ramai yang terkorban, majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita serta orang awam yang tidak bersalah.
Membuka halaman tweeter; Beribu tweet mengingatkan tentang sengsara rakyat di sana. Sebetulnya saudara seagama walau tidak sedarah daging. Melayari facebook; Berbagai reminder ditampal di dinding facebook. Berbicara tentang kepentingan mengingati betapa pentingnya pemboikotan barang-barang makanan dan produk US yang dipercayai menyalurkan dana untuk Israel.
Dan saya tersenyum membaca status adik kesayangan tentang isu pemboikotan ini yang bermusim.
Betullah katanya itu.
Saya bersetuju. Ia bermusim. Seketika bila mana isu ini reda, maka semua orang akan seolah-olah lupa tentang boikot. Macam biasa; "Oh kfc? Makan aje."
Saya tidak menentang sesiapa yang berasa patut untuk memboikot. Sila lah jika setakat itu saja yang mampu kamu lakukan. Memboikot. Tapi, pastikan kita berada di atas satu landasan kukuh. Punya alasan kukuh kenapa dan mengapa kita lakukan perkara ini. Bukan sekadar ikut-ikutan.
Sebelum memboikot; Pastikan dulu ekonomi kita ini betul-betul kukuh. Langsung tak bergantung kepada mana-mana kuasa besar untuk hidup. Boleh kau pastikan ini dulu sebelum bercakap tentang boikot?
Kalau setakat boikot, tapi taraf ekonomi masih belum cukup kuat, and I bet even worse(?) eversince Tun M letak jawatan; kau nak cakap apa? (you can shoot me if I am wrong.) And no. Am not a pro Tun M fanatical fan.
Second thing; think about what will happened to all those people yang bekerja untuk produk-produk yang kau boikot. They are mostly muslims. Are you going to make them jobless because of your campaign? Can you provide them with jobs after that?
Perkara ketiga ( bahasa bercampur kerana ter-emo, harap maaf); Just look at ourselves first. Have we become the best we should as a moslem? Mind you, I did not use Mu'meen because that is far above the level for ordinary people like us.
If we can not still live our life as a moslem fully; we will never succeed in fighting Israelites forces and army.
So, Fight with your lust/ shahawah first. We call it mujahadah in Islam.The Western call it Self Improvement. Bina kekuatan diri dahulu. Kemudian bina keluarga pula. Dan baru keluar kepada masyarakat. Para aktivis dakwah cukup faham dengan konsep ini.
Orang MLM pun guna konsep yang sama. I have found one talking about this; but sadly he can only preach without practising it as in the religion. Manusia, biasalah. Ambil mana nampak untung. Yang rasa susah, tolak tepi walau pun wajib. That shows the level. (Reminding myself too.)
Saya memang tak akan mengulas isu Gaza dengan secara formal. Korang boleh baca di mana-mana web. Berlambak berita. Pilih saja. Tak perlu untuk saya ulas lanjut.
Yang ingin saya ulas ialah tentang kita. Orang Malaysia, tipikal Melayu, Muslim. Bermusim boikotnya. Tak semua, saya tahu. Tapi majoriti.
Keinsafan pun bermusim. Campak satu majlis hiburan; name it. AIM sebagai contoh. Eh? Lupa terus pada isu di Gaza. heh. Iman kita umat Islam zaman sekarang ni lebih dahsyat daripada rollercoaster. Naik turunnya cepat sangat!
Allah, ini ke yang diharapkan untuk menjadi pejuang Islam? I beg to differ.
Anyway,
Sebetulnya kecewa dengan diri sendiri.
Sebab tak mampu untuk membantu selain hanya berdoa. Tak mampu untuk membantu selain menulis di dinding-dinding facebook. Tak mampu untuk mengubah apa-apa selain hanya mampu melihat dan membaca setiap laporan berita yang dikemaskini.
I feel useless.
Sangat.
Ada akal, tak dapat menyumbang.
Ada tenaga, tersimpan saja.
Hanya doa. Doa dan doa yang mampu dikirim.
Buat masa ini.
But I do hope to do more, in the near future.
Bi iznillah.
No comments:
Post a Comment
Your words count ;)