Friday, November 16, 2012

yes, it's Friday.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Intro

Hari ini appointment tidak jadi. Kerana last minute buat panggilan. Orang yang kenal akan kata, "as expected. she's always like that."

Betul lah.

Kerana itu sifat itu sudah banyak hati yang terluka, terasa dan marah. And as usual, terima saja dengan pasrah segala marah dan sampah yang orang baling. Itu kan salah sendiri.

Tak apa. Paksa jugak diri untuk berubah. Sekuat mungkin. Sampai penat.

Tak apa.

Cerita Dia.

Kelmarin keluar berjumpa teman. Berkongsi cerita (sebetulnya dia yang banyak berkongsi, saya sekadar mendengar) tentang kehidupan. Clearly we have different views about life. Bukan saja pandangan, cara hidup pun tak sama.

Tapi ada sesuatu tentang dia yang yang buat saya rasa sangat interested untuk masih berkawan dengannya. Tapi jauh di sudut hati, we both know; ada satu tembok lutsinar yang tak bisa ditembusi melainkan dia berubah. dan dia masih tak bersedia. So we can't even be bestfriend. The closest one will be; close friend.

Jujurnya, mendengar cerita dia membuatkan saya banyak membuat reflection dalam kehidupan sendiri. I have a although not-so-well-planned-life, tapi kehidupan saya nampak seperti garis lurus di atas kertas putih yang cuma ada sedikit putus-putus dan bengkang-bengkok tanpa sebarang major reconstruction in life.

A pretty much good life. Living with a good and loving family. Cukup sempurna untuk saya.

Tapi dia tidak.

Dan saya tahu, itu bukan salah keluarganya. Cuma dia yang degil dan mahu mengurus kehidupan mengikut rentak kaki sendiri. In which I assumed, not well crafted yet.

Entahlah.

I just hope, one day; dia akan realize; menjadi baik tak perlu pengiktirafan manusia. Biarlah andai ditinggal walau pun diri dah cukup baik. Allah ada perancangan tersendiri untuk kita.

Sayang bila hanya kerana cinta tak kesampaian; kehidupan harus berubah 360 darjah dan menjadi lebih buruk.

Saya bukan siapa-siapa untuk menjadi penilai. But i do hope you pass the test so that you can move on to another stage in life.

Belajar untuk kenal Tuhan.
Itu harap saya.
Kerana kita cuma hamba. with nothing. 












No comments:

Post a Comment

Your words count ;)