Sunday, August 12, 2012

Bulan dimanjakan Allah

As salam dan selamat semua.. ;)

Alhamdulillah..sudah masuk fasa terakhir..tp nampak gayanya gear dah menurun.. ;(

Sepanjang ramadhan ini, terasa benar dimanjakan Dia..bila hampir semua persoalan dihantar jawapan olehNya dengan cara yang tak tersangkakan..subhanallah..

Terima kasih ya Allah...lama rasanya tidak merasai manja itu denganMu..

Bukan sudah tiada..tapi jarang-jarang..cuma ramadhan ini cukup dimanjakan rasanya oleh Mu..

Izinkan hati ini untuk berteduh dibawah lembayung kasihMu..dan memegang erat tali Mu kembali sebagaimana eratnya ia suatu waktu dulu..

Momento-momento di sepanjang ramadhan kali ini akan saya genggam kejap di dalam jiwa..tak kan terlepas lagi..


Teringat di suatu malam, saya terjaga daripada tidur apabila disergah suatu suara di dalam mimpi...

"Nampak luaran seperti bagus..lengkap..tapi di dalam...sebenarnya..kosong..!"

Biarlah mungkin itu cuma mainan tidur atau manifestasi minda separa sedar yang kecewa..

Tetapi saya mengambilnya sebagai suatu teguran..

Basic foundation untuk diperkukuhkan kembali..kualiti persembahan pengabdian juga harus dibelek semula..

Pendek kata, saya buang semuanya dahulu kerana tidak tahu yang mana prioriti, yang mana silap dan yang mana benar..dan saat ini masih sedang mengutip semula item satu per satu..

sambil membuat verification...sama ada itu penting d n cara penggunaannya betul atau tidak..

Semoga langkah ini terpimpin Tuhanku..

Amin ya Rabb..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Your words count ;)