Sunday, August 26, 2012

Post Ramadhan entry

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

As salam & Good day readers! ;)

Alhamdulillah.. sampai sudah ke syawal 1433H. Dan hari ini sudah 9 Syawal. Cepat betul masa berlalu. Cuti pun dah habis. Kembali ke realiti dunia bekerjaya. Dunia yang perlukan kekuatan hati & pendirian teguh. Hakikat kerja yang berdepan dengan kerenah manusia selalunya menyebabkan hati patah.

Bukan susah tak dapat menyelesaikan masalah punca utama rasa moral jatuh, tapi lebih kepada kekurangan diri yang tidak mampu untuk mengawal insan.

Bila difikir-fikirkan semula, gender dan sifat semulajadi diri itu boleh jadi satu penghalang, tembok China untuk mengurusi sesuatu perkara.

Sepanjang Syawal daripada Ramadhan, bulan berfikir. Bertafakur. Mencari diri. Titik diri yang telah hilang. Letak duduk diri sebagai hamba di hadapan Dia. Arah tuju hidup, menghala ke mana?

Pernah saya ditanya; "Berapa kali mesti calibrate diri dengan Allah?"

Jawapan saya di dalam hati: Setiap saat. Sebab saya insan lemah. Dalam transisi berubah. In the most fragile condition.

Pada satu tahap, saya begitu sibuk mengurusi perubahan diri. Tapi batu asas pada perubahan itu tidak diletakkan pada sesuatu yang hak. Saya berubah kerana saya fikir itu akan buatkan saya jadi manusia lebih baik.

common sense; it does. Tapi disebabkan kurang self-regulatory, walau tinggi mana self awareness it doesn't last long.

Maka saya teruskan pencarian, that I believe I need to hold on to the stronger and firmer branch other than myself. Definitely not to human being because human has limitation and their own capacity.

Dan saya jumpa that firm and strong branch. I do. Dalam pencarian melalui pengalaman sepanjang ramadhan. Rupanya sepanjang Ramadhan, Allah mengajar saya untuk menggunakan segala deria yang ada untuk belajar dan mengambil pengajaran daripada keadaan sekeliling. Ya, kembali menggunakan segala deria yang ada.

Malah Allah juga  mengajar saya untuk berfikir keluar daripada terowong. Sedikit demi sedikit. Jujur ia tidak mudah. Sayangnya Allah pada hambaNya, Dia hantar seorang hambaNya yang telah Dia didik untuk mendidik saya pula. Dan untuk itu, saya sangat bersyukur di atas nikmat ini. Dan berterima kasih teramat kepada insan tersebut.

Dan saya percaya sepenuhnya, untuk mempunyai SQ yang cukup itu tidak susah. Kerana agama ini fitrah. Sesuai dengan sifat manusia. Tetapi untuk memupuk EQ dan IQ itu tidak mudah. Namun, melalui SQ yang mantap, EQ dan IQ akan dapat dipupuk dengan lebih mudah.

Buka mata dan hati.

You'll definitely see it. Insya Allah.

Hadiah untuk syawal ini untuk kita sama-sama hayati:



semoga Allah menerima amal kita sepanjang ramadhan dan kebaikan ramadhan ini dapat dibawa ke sebelas bulan seterusnya, insya Allah.









No comments:

Post a Comment

Your words count ;)