Monday, August 6, 2012

Mind Lucidity..

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

As salam and morning dear readers (if any.. hehe)

Alhamdulillah, sampai sudah kita ke 17 Ramadhan. Selangkah lagi ke fasa akhir Ramadhan. Masya Allah. Inilah Ramadhan paling lama dirasakan di hati. Dan ada ibrah penting yang saya kutip kali ini..

Ramadhan 2012..

Jujur dari hati, saya fikirkan mungkinkah ini Ramadhan terakhir berstatus 'Single'? Mungkin saja. Allah itu Maha Pengatur, dan aturanNya itu kadang-kadang out of the blue dan tanpa disangka-sangka. Mana tahu dapat hadiah jatuh dari langit ramadhan kali ni?.. Hem. Berangan kan?

Ramadhan 2005-2008..

Sepanjang-panjang 4 tahun itu saya berpuasa bersama teman baik merangkap roomate di UTP, terlalu banyak kenangan tercipta yang kebanyakannya sudah terurai dari kotak memori. Tetapi kenangan bersama nasi lemak kukus pasti akan tetap terpahat di hati. He.

Manakan tidak, sehati sejiwalah katakan, sehingga setiap kali berbuka 7-8 ringgit untuk sebungkus nasi lemak kukus V5 itu sudah menjadi lumrah. Sampaikan pakcik jual nasi lemak pun sudah faham kerenah kami berdua.

Kadang-kala sampai berkongsi 3-4 orang sebungkus! Indah kenangan dulu. Berkongsi makanan itu sungguh salah satu cara terbaik mengeratkan hubungan. Ada keberkatan di situ yang Allah turunkan, sama ada kita sedar atau pun tidak..

Masjid An-Nur indah bercahaya pun mulai penuh dengan jemaah UTP saat azan isyak berkumandang. Dan selalunya menggigil nak bersolat di situ dek kerana aircond yang kuat dan lantai marmar yang membeku. Di situ lah tempat teraman dan paling damai di bumi UTP.

Tempat yang saya rasakan sebagai kubu paling selamat, jauh dari segala ketegangan dan stress disebabkan assignments, meeting dan project yang tak berhenti.

Tidak ada apa yang boleh mengganggu gugat tenteram dalam hati yang saya cari dari Dia.

Dan tanpa saya sedar, saya kehilangan kubu paling aman itu setelah graduasi..

Ramadhan 2009..

Saya habiskan di kampung menemani nenek. Berdua, makan ala kadar saja. Pernah sekali, saya kepingin maggie kari sebagai juadah berbuka. Benar, tidak semeriah seperti di rumah dan UTP dengan pelbagai kuih-muih dan lauk pauk dan makan sekadar apa..Itu cukup buat saya.

Kerana yang penting bukan berapa banyak makanan yang kita ada, tetapi dengan siapa dan hasil air tangan siapa itu yang lebih bermakna.

Hujung minggu, lebih meriah kerana seluruh keluarga besar kembali berkumpul..

Walaupun saat itu saya sepatutnya telah bekerja , tetapi saya memilih untuk tinggal di kampung dengan nenek. Duduk dan menemaninya. Melayan kerenah dan celotehnya tanpa henti tu. Membawa nenek ke mana-mana yang dia ingin pergi dan berjalan.

Kerana saya tahu, sampai waktu saya sudah bekerja nanti, saya tak akan punyai waktu yang sebanyak ini lagi untuk menemaninya. Tak akan punyai waktu yang cukup untuk sentiasa di sisinya, mendengar celoteh dan belajar tentang erti hidup dengannya.

Dan bukan nenek saja yang saya temani sebenarnya. 2 orang lagi nenek saudara pun turut sama memeriahkan rumah nenek. Melihat mereka, terdetik di hati saya tentang betapa sunyinya hati seorang ibu. Anak-anak yang jauh di bandar, sibuk bekerja. Entah dengan siapa hendak bercerita agaknya.

Untung mereka bertiga. Dan ada saya untuk melayan dan membuat lawak sengal. He. Dan saya bersyukur sangat dengan keputusan saya saat itu.

Kerana itulah ramadhan terakhir yang saya bisa luangkan sepenuhnya bersama salah seorang nenek saudara.

Dan walaupun sekadar menemani, saya belajar sesuatu..paling bermakna dari Allah..


"Happiness is contagious..when you make someone happy, you'll feel it too inside your heart.."

Lebih-lebih lagi dengan keluarga sendiri. Yang memang Allah tuntut sangat. Dan walaupun apa yang kita lakukan itu tak seberapa pun sebenarnya. Bahkan tanpa melibatkan wang ringgit dan material yang cantik dan mahal.

Ramadhan 2010...

Adalah yang paling mencabar. Kerana setiap hati di dalam keluarga kami berusaha untuk bertabah menghadapi dugaan hidup. Berbicara tentang arwah adik bagaikan suatu larangan buat saya kerana saya tidak cukup kuat untuk melupakan sedih itu.

Terasa benar lohong kosong di dalam hati atas kehilangan yang tak pernah terganti..

Namun saya belajar suatu perkara terpenting di atas kehilangan ini;

"Don't wait for the right moment to show or say your love to your loved ones..do it constantly and continuously..because while waiting for the right moment, you might loose the person him/herself.."

Satu saat yang telah berlalu, tak akan pernah sama dengan satu saat yang kita hadapi sekarang atau yang akan kita miliki nanti..

Allah sendiri telah terangkan tentang hakikat masa ini dalam surah Al-Asr.



Demi Masa! (1)

Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian(2)

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran(3)

Ramadhan 2011...

Mengajar saya bahawa kehidupan itu mesti seimbang..dan sampai saat ini, saya masih lagi struggling di antara  dua..

Dan kosong hati itu tak akan pernah terisi dengan seribu segala isi dunia..dan tidak akan pernah kita dapat penuhinya daripada hati-hati yang juga kosong..



Berbalik kepada Ramadhan 2012..

Seandainya bisa, sudah lama ingin saya buat masjid hopping bersama Roommate. Atau backpacking! he. Ok, ni tipu. 

Selepas beberapa peristiwa berlaku yang membawa kepada pertapaan nun jauh di celah hutan sana, membawa saya berfikir dari segala sudut, dan aspek hidup. Tentang hala tuju sebenar-benarnya, tentang perancangan seterusnya dan expected insight and result..

Yang mana setiap kali berfikir, segala yang pernah diterapkan oleh seseorang comes to my sense as the most logical and practical things. And it is always like that. 

Self-awareness, Regulatory, EQ..semuanya menuntut perhatian buat masa ini. Dan semoga setiap langkah yang diambil tidak terhenti di tengah jalan..insya Allah.

Dan saya tahu asbab kenapa Allah let our life cross each other. Untuk belajar sesuatu daripada mereka yang saya perlukan di dalan hidup dan untuk memberikan sesuatu kepada mereka yang Allah telah ajarkan kepada saya sebelumnya..

Cuma along the way, saya kehilangan apa yang saya ada. So it is truly unfair jika hanya menjadi penerima, which is i am at the moment. Siapa pun akan merasa letih dengan situasi itu. 

I am still trying to gain back what I have lost along the way..

Semoga sentiasa dikuatkan Allah untuk mujahadah ini..yang western panggil Self Improvement & development..




No comments:

Post a Comment

Your words count ;)