Friday, December 24, 2010

fine. sebab saya budak baru belajar.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

memang susah.

takde sape kata bende ni senang dan mudah. kena belajar. supaya daripada tak tahu jadi tahu. dan daripada tahu, jadi lebih expert.

(maaf, lupa nak bagi salam terus masuk isi penting)

*mungkin muka saya ni terlalu naif sampai orang boleh pijak-pijak kot?*

tapi saya bukan guli, yang korang senang-senang nak golekkan ke kanan, atau kiri.

takpe.

ada lori ade bas...(pandai-pandaila sambung)

kite tunggu lagi 2 minggu.

*taring saya baru tumbuh kecik lagi...tunggu saya jadi garang, korang tau la langit tu tinggi rendah*

Friday, December 17, 2010

.opposite doesn't always attract. it annoys.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


the most crucial thing on earth is when your heart is denying what you should feel inside; which leaving you with this undescribable numbness.



maybe i was wrong.

maybe it's true i was expecting too much.

but how much is too much actually?


can a popular sanguine live in a dull world of perfect melancholic, when all the times it was her's to ask and keep it warm and lively?

fix your ignorance first, then i will fix my ego-centric disease.

life is based on mutual understanding.

ps: but i guess up till now u still haven't realized how much is too much and how less is less..isn't it?

pss: looking forward for a better day without this headache issue anymore. perhaps 2011 has the answer. :')

Monday, December 13, 2010

oh, bulan!

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Salam.

*hembus nafas* phewh. Satu hari training ISO 9001:2008 yang memeningkan. Pening sebab kena layan orang yang bertanya; since dia kurang faham explanation trainer di samping harus cepat catch up apa yang trainer tengah terangkan bila terpaksa jawab soalan si tukang tanya (padahal saya pun tak tau betul ke tak apa yang saya faham tu. Haha. Sape suruh tanya kan? Kiter pon baru first time attend training). Pening jugak nak telan semua sekali dalam masa satu hari kan?

Sumpah esok tak mahu duduk sebelah dia lagi. Sebab tak boleh nak concentrate langsung. Maybe it sounds selfish tapi yela, kena tolong diri sendiri dulu untuk faham maa..baru boleh explain pada orang kan? Dan kalau dia tak faham, lain kali angkatla tangan bertanya terus kepada yang lebih arif. Aduyai!

Ok la. Ok la. Nak tidur dulu. Penat ni satu hari guna otak tak berhenti (ayat bajet konon-konon pekerja cemerlang)

tak sabar tunggu hari jumaat, sebab nak cuti dan rehat puas-puas *mata bulat bercahaya penuh pengharapan*

Wednesday, December 8, 2010

untitled III

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

azam sudah baru. (alah, bring forward azam yang still in progress tahun sudah.)

tapi hati.

masih macam dulu.

aiseh.

macam mana ni?

Tuesday, December 7, 2010

1432H

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful




1432H.


ada sesiapa pasang azam tahun baru hijrah?

ke masih menunggu tahun baru masihi?

kalau kita hayati, tak perlu jauh-jauh pun. doa akhir & awal tahun. itu saja sudah sepatutnya menjadi azam saya, kamu & mereka. tapi, perasan kah kita?

tepuk dada, tanya iman masing-masing.

salam tahun baru. salam penghijrahan diri. semoga kesalahan lepas tak terulang dan diampuni Allah. semoga hari yang mendatang dihiasi dengan amalan yang lebih baik & terbaik semampu kita.

semoga kita lebih berusaha dgn segala kudrat yang ada untuk menunaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan. insya allah.

seperti yang selalu saya katakan; the choice is always yours. ;)



Thursday, December 2, 2010

kalau

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


indah kalau itu benar-benar terjadi.

but no matter how sucks the reality hits, it won't kill us in any way.

so, live with it. improve. & grab the chance.

or live with it. back off. & stay put without complaints.

the choice is always yours.

ps: need major life reconstruction. SERIOUSLY. or else, i'm a dead meat in the end. sigh.

Saturday, November 27, 2010

officially signed.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

phewh!

finally at home. no matter how far i go, i still think rawang is the best town ever. ;p haha. fine, i know it's soo one sided judgement. ado den kesah? lol.

anyway, the letter has been signed off. officially it will starts on december. no words can best describe how i feel inside, except this one word; alhamdulillah..

anyway, even if people don't see us the way we see ourselves, it won't kill. trust me ;p the most important thing is: improvement. isn't it? hehehe..so enjoy the poster~



ps: please don't be demotivated after seeing this. lol ;p

Tuesday, November 16, 2010

drops of Jupiter.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

while faceook-ing, i found an mv posted by my former lecturer in UTP about the real story of the song - Drops of Jupiter.

it's one of my fav song long time ago.

but during those moments, i didn't pay much attention on the lyrics written.

but i guess, this one song really reflect what i felt inside after the lost. that no matter how long the separation has been taken place, i could still feel his presence inside me.

still. never too faraway.

al-fatihah.

to you.

my dearest brother.


Mohamad Ili Amir Farhan.


i miss you. still.


Saturday, November 13, 2010

the untitled part II

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

nervous.?

i am.

tapi harus buktikan kan dengan kelayakan yang ada kan?

tolong doakan teman,

agar bisa didaki tangga kejayaan ini.

penantiannya terlalu lama sudah.

Friday, November 12, 2010

counting days.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

still counting.

one month. and counting.

(^^)

semoga segalanya dipermudahkan Allah. amin~

ps: tak. ni bukan pasal kenduri nak bertunang atau nikah/kahwin. that one, i'll think about it next year (when I say think doesn't mean it's gonna be executed next year too. still a long way to go.)

Thursday, November 4, 2010

the untitled

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


salam.


from last weekend up till now, i've been facing a series of unfortunate events. *phewh* sangat stress tidak terkata awal-awal. tapi malas lah mahu mengulas lanjut. sebab? lets say; itu tidak patut dipaparkan kepada umum. sebab nanti semua orang akan ketawa berguling-guling seperti tenggiling tanpa henti selama 10 minit. (trying to be sarcastic yet realistic at the same time)


sudah-sudah. tak mahu fikir lagi.


lately, i have been thinking about this one thing. important, but not that urgent. fikir punya fikir sampai lebam pun, masih tak dapat-dapat jawapan lagi sampai sekarang.


keliru...itu kata hati.


kenapa? itu tanya orang.


bukan seorang dua.


tiga empat tahu? bikin stress jiwa yang udah stress segala bagai ini.


kalau buat PSS, mungkin terpaksa guna sehingga 4th analysis baru boleh jumpa root caused dia. 5 why won't be able to solve it anyway and anyhow. heh. trust me.


saya tahu. saya tahu. tak perlu semua orang jaja cerita-cerita indah tu. saya sendiri sudah tahu. dia baik. memang baik.


dan saya juga tahu,


"barang yang lepas usah dikenang..kelak merana badan.."


ni pun tak perlu ulang untuk kali ke-100 kepada saya. tak perlu. sebab saya sudah tahu.


kesimpulan yang saya nak beri dalam entri ini ialah:


1. kalau suka seseorang secara serius, sila confirmkan dulu dengan Tuhan. apakah itu jodoh yang telah Dia tentukan di lohmahfuz. buat lah istikharah sehingga dapat jawapan dari Dia. jangan bertanya empunya diri, atau buat pengakuan secara "gentleman"; saya suka awak ..bla..bla..bla... A good muslim won't try to steal a girl's heart without His consent.


2. Sila tahu di mana limit anda. Setiap perkara ada batas-batasnya. So follow the rules and never break them. and I mean God's rules.


3. Honesty is the best policy. So, face the consequences when you decided to take the risk. Don't look at me with those puppy eyes. It won't help.


4. When I say I still remember you, doesn't mean I am not moving on. Ask yourself truly have you forgotten me? because in Nature's law, things won't be attracted to each other if there is no chemistry/ wave/ or whatever they call it ( dah lupe beb)


5. Hati ini Allah yang pegang. bukan saya, awak atau dia. jadi jangan tanya soalan bukan-bukan kenapa? kenapa? dan kenapa? I don't have the answer. ask Him. He knows best. faham?


all in all,

"berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan.."


still the best solution ever.


sekian, terima kasih.

Sunday, October 24, 2010

the root cause finally found

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

"We are more often frightened than hurt; and we suffer more from imagination than reality"-

-lucius anaeous seneca-


"People often thought they already solve the problem. They actually didn't. It's just the symptoms they've been trying to solve all these while. That's why it keep coming back to them after a while. Find the stressors; then it'll be solved.."
-inz 231010-

Sometimes in life 1+1 doesn't always equal to 2..

Saturday, October 9, 2010

Putrajaya

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


salam.

okay, dah sampai Putrajaya dengan jayanya. the best thing is, TIDAK SESAT ;p kwang3. hehe.

kemalasan betul mahu kemas barang lagi untuk dibawa ke rumah sewa. ada lagi barang yang harus dibawa. perkara paling penting, bawak TV. tak tahan kehidupan tanpa internet dan TV.
"-_-"

sepanjang saya menaip di depan laptop ni, ada seorang budak kecik yang banyak cakap menempel di tepi bersama 1001 soalan. nasib baik dia tak tau membaca. ya Allah pening kepala. hahaha.

tak larat nak layan. waa... T___T

dah tu, sibuk pulak tu...

"kakak, nani nak cuba gune ni boleh tak?"

"kakak, kenapa tak boleh tekan ni?"

"kakak, cantiknya gambar ni..kat mane tu?"

"eh, nama kakak ape ye?"

"ooo..kakak nabila.."

"nama saya nani.." (tak tanye pun) hahah....

"kakak buat kerja ape ye?"

"yang ni nanti die kunci ye?"

"nani kan sekolah PASTI.."

"ade sorang kawan nani name die pun mimi.. " (tibe2 je..bile mase saya cakap ade kwn name mimi?)

the problem is....saya tak tahu macam mana nak suruh budak kecik byk cakap ni main kat depan dan tinggalkan saya dalam bilik ni. stress.

lagi satu...

"kakak, kalau kakak tak tahu, kakak tanye lah pari. nanti die mesti tolong..."

hahah....dia ingat saya ni same umur cam dia kot. isk..isk..

mungkin muke saye ni terlalu baik sehingga budak ini tak mahu pergi2 lagi sampai la nak balik. sigh. (kot?)

ha....da nak balik pun si kecik ni. hehehe...yeay! ;p

penat laa layan die....da la baby mikael ni kuat meragam kalo lambat sikit. agaknya kalo jadi baby sitter 2 bulan, konfem boley kurus..haha.

oh ni la die, si mikael yang disebut-sebut tu.. ;)


Friday, October 8, 2010

jumaat

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam. hari ni jumaat, rehat panjang..seperti biasa kemalasan untuk ke mana-mana. jadi duduk melangut saja di ofis menanti jam 1345 untuk solat zohor ;p

sudah hampir 5 hari tinggal di rumah sewa. saya mempunyai penyakit baru sekarang. tiap2 malam saya akan automatik terjaga sebanyak 3 kali. kenapa 3 kali? wallahu alam. haha. tak tahu lah kenapa. tapi memang 3 kali lah terjaga.

kali pertama; selalunya pukul 12 atau 1 macam tu.

kali kedua; pertengahan malam...3 atau 4 pagi ( ni mungkin lah nak kejut saya supaya tahajjud agaknya..tapi selalunya saya sambung tidur blk sb rasa mcm awal sgt nak bangun. huk huk)

kali ketiga; pukul 5 atau 530 pagi. yg ni baru lah saya betul2 bangun dari tidur.

pelik jugak. tapi tak tahu kenapa. lepas tu mesti mimpi. sekarang ni memang aneh lah. saya jarang mimpi tapi sekarang selalu sangat pulak. adakah disebabkan stress kerana terlalu banyak berfikir dan bekerja? adeyh... kes berat ni...

eh ok lah. nak pergi surau sekarang. later i'll update more ok?

ps: cant wait to go to putrajay today. yeay! ;) gonna meet baby mikael ofr the first time.. wee ;D

Monday, October 4, 2010

rutin I

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

Salam. Penat. Hampir seharian duduk je sb dok translate training material dr bi-bm. Adelah tebal 2 inci gak material tu. T__T tu takpe lg..masalah yg plg masalah sekali ialah: material itu kemungkinan besar adelah direct translation juge drpd bahasa laen. And my prediction is from swedish..adoi la.

Nape saye ckp camtu? Sebab grammatical error bersepah sane sini..tu belum msk lg pekataan2 yg die gune tu sbenanye tak seswai pun melainkan die translate directly from other language..sape die tu? Wallahualam bissawab..hahah. Tak dpt la dikesan. Ada nama die kat slide, tapi takkan nak sebut kat sini kan? Tak baik. Tak baik. ;p lenguh2 badan ni ade lg rupenye. Ingatkan da hilang lepas bangun tido pagi tadi. Ohh.. -_-"
Disebabkan tiada entertainment lain (tak bawak tv skali time pindah hari tu) plus internet cume available tru blackberry je..nampak gayenye..blogging is becoming my second hobby after facebook-ing..

Ok la gak tu kan? Drpd terpakse pakse diri utk tidur awal sb kalau bukak mate either makan2 dan makan..(Makanan ringan) atau melangut tengok dinding kiri kanan depan belakang..huhuhu.

Pagi2 lagi omma sudah call anak dara die yg sorang ni, bertanyekan keadaan dan update tentang how did I go to work.sb smlm terlupe nak round the area and figure out jalan ke ofis dr rumah sewa ni....petang pulak, omma call lagi tanye tentang rutin hari ni hingga malam.. ;p biaselah, kalo kat rumah suke buat perangai budak2, agak2 mak abah mane la yg tak risau bile anak dara diorang tibe2 tinggal sendiri kan? (Walau pun saya dah tinggal di asrama sejak form 1 sampai form 5)
Ngantok pulak dah..oklah, mau tido dulu. Dan mimpi indah..

Sekian saja laporan hari ini..bosan2..akan taip lagi rutin harian seterusnya..hehe ;p
Da~

Sunday, October 3, 2010

menulis dari umah baru.

Salam. Wahhhhh~ penat amat hari ni. Biase lah. Baru masuk umah sewa kn..tibe2 teringat zaman2 masa kat UTP dulu..perasaan yg sama..the only different is, now I have to pay the rent higher..uhuk3..semput gak la dibuatnye. Rindu plak kat UTP. Haih...

Herm..pg esok kne mangun awai sket sb nak explore keadaan jalan di pg hari..then baru leh buat estimation for timing.
Since mate pun dah layu skang ni..dan bantal kelihatan sgt empuk..I guess I'm off now. Till then, next chapter will update stories tentang rumah baru ni..hee ;D

Good nyte readers..may u hv sweetest dream ever ;)

Ps: I'm starting to miss my home sweet home..huhu

Saturday, October 2, 2010

merapu sebentar

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

alhamdulillah. dapat jugak rumah sewa yg dinanti-nantikan tu. phewh! 3 kali tawaf baru jumpe jalan masuknya. haha. bersyukur sgt, Allah permudahkan jugak usaha ni. sebab dah berapa kali ntah nak pergi nengok rumah, tapi mesti tak jadi. it aint that easy u know. hu.

quite pricey i shall say. tapi tak mengape kot. asalkan puas hati. mmg le, ade sesetengah org pikir, alah, rumah untuk tido je pun. tak kisah la mane-mane asalkan bole tido. tapi, saya tak mcm tu. first thing yg saya akan tengok, keadaan rumah tu.

kalo sedap mate memandang, kire ok la. tapi kalo tengok je pun hati dah tak berkenan. memang la tak akan tinggal kt situ. 2nd thing is, isu keselamatan. tak pe kalo tak ramai org. janji security ok. ni kalo kawasan pun tak terjaga, anjing berkeliaran sana sini. sampah sarap bertabur mcm musim salji kat Ireland, semak samun tinggi mengalahkan tinggi saya..memang sumpah saya tak jejak kaki kat umah tu dah. it's a no-no. oh lagi satu, isu bau. since pangsapuri@ apartment ni selalunya ade bau2 yg entah la kurang menyenangkan kalau kawasan tak terjaga...saya mmg reject itu rumah. yes, im quite particular on this issue. sebab ini rumah sepatutnya jadi baiti jannati untuk saya. walaupun sekadar rumah sewa. i do care. a lot.


beberapa hari ni, saya terfikir sendiri. sebab beberapa minggu sebelum ni, saya sering terfikir kenapa orang boleh bertindak macam ni tanpa fikir kan tentang orang lain. walau pun orang tu boleh di'consider'kan sebagai orang yang agak rapat dengan dia. sesenang itu main-mainkan hati orang. is this what u say true friend? err.. i don't think so.

sebab tak puas hati, saya asyik terfikir-fikir apa solusi terbaik untuk diberi pada insan macam tu. sudahnya, sekarang saya diuji oleh Allah. mula-mula tak perasan, tapi bila fikir-fikir balik, situasi saya sekarang sama seperti dia. sumpah tak berniat nak buat macam tu. tapi bila difikir dalam-dalam, memang kena mengaku....saya dah buat perkara yang sama macam dia buat.

jadi saya ni sama je ke macam dia?

atau ini ujian Allah untuk lihat apa yg akan saya buat jika diletakkan dalam posisi dan keadaan macam dia. tettt...

saya hampir fail. yeah, i know. sebab tindakan yg diambil sama macam dia. unfair, i know. sebab tu la sekarang saya cuba berlaku adil kepada semua. supaya tak ada yang teraniaya. im far from perfect. but i guess i can give my best aite?

jadi sekarang, hati sudah lega sikit. nope. i wont be like that. corak permainan sudah bertukar sekarang. lebih adil, dan lebih terbuka.

yang pasti, tiada janji yang dibuat. sebab saya bukan tahu apa ada di depan. walau sesaat pun. dan yang pasti, bayang2 semalam tetap ada di sisi.

4 tahun tu agak2 cukup lama tak untuk lupakan orang? sekarang baru 2 tahun. masih ada baki lagi. harap2 berjaya dicapai secepat mungkin. trying to be fair to myself.


Monday, September 27, 2010

happy.


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

*smiling*

got new phone! ehe.

tu je nak bagi tau.

(i knoowww.....lame isn't it? but who cares anyway. it's my blog. ahah).

bye my lil k810i. m gonna miss u soon. haih, u had me from 2008-2010. oh-oh, gotta go to sleep now. already late. just finish reviewing the action plan for hino.

guess have to switch to working mode now. enough playing for two days. :) eh, no...two and a half days lah. ;p

p/s: wonderin how's ur life now...hopefully in the best condition. i guess i still can't get over it huh? two years. almost. and still thinking......takpe lah. Allah knows the best aite? i know im gonna get the answer sooner. everything happens for reasons.

Wednesday, September 22, 2010

post-raya entry


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

fuh. a tiring week i would say for this week. but still satisfy me. :) the only thing that i don't really favor is; having to wake at 5 o'clock in the morning..and drive off to office at 6.10 am.

the mission is: to reach guthrie before 6.30 am. ouch.! the first two weeks, i was kinda nervous because i can't really arrange the timing. but as few days, driving along the guthrie, i have become more comfortable now. and able to do the calculation. thank God.

all in all i feel blessed for everything in life. alhamdulillah. all we need in this life is patient and perseverance. and believe that Allah always know the best for us. insya allah everything will be okay and running smoothly. provided that we do our best in everything lah. including ibadah. :)

Sunday, September 19, 2010

kisah cinta sejati



in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

baca dan hayati. :)

***

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

ps: Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Syahira di Forum Tentang Cinta.

Tuesday, September 14, 2010

rambling.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

pulang ke rumah sekejap untuk menyiapkan report. kononnya. tapi sampai sekarang masih melekat di depan laptop. aduhai.

ok, this one is last. setelah mengalami sakit perut yang agak lama dan perubahan hormon yang menakutkan. sekejap marah, sekejap nak jerit kat orang lain. akhirnya saya terpaksa membatalkan puasa 6 pada hari ni. patutlah tadi beriye je rasa nak batalkan puasa. gerak hati dah bagi hint rupanya. tapi otak lambat sikit nak proses untuk bahagian reasoning. sekarang baru tahu.


bila fikir-fikir balik. hidup pun begitu juga. Allah dah bagi hint-hint pada kita lama dah. cuma kita je yang tak boleh nak digest lagi hint-hint tu dek kekurangan ilmu di dada. bukan setakat kurangnya ilmu, kadang-kadang ilmu ada tapi kurang pulak beramal. kadang pulak, bila beramal, tahap keikhlasan pula jadi isu. em, bukan mudah untuk jadi hamba Tuhan yang terbaik. jalan ke syurga tu memang selalu penuh duri-duri.

dah melalut. tapi memang posting kali ni pun tak tau nak tulis apa. sekadar melepaskan rasa gian nak menulis je. nak kupas isu terkini; kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya. rasa terlalu berat. otak malas mahu berfikir, raya-raya gini.

tapi selepas ramadhan, memang ada azam terbaru menanti. because it's too personal, i cant just simply write it here.

"orang yang paling berguna ialah orang yang paling berbakti kepada keluarganya"

-hadith 40-



Friday, September 10, 2010

1st syawal 1431

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

alhamdulillah. sampai jua ke 1 syawal 1431. selamat menyambut eidul fitri minal aidin wal faizin. semoga disambut penuh kesyukuran dan ramadhan yang berlalu pergi bakal menjadi titik tolak kekuatan diri menjadi hambaNya yang terbaik. di dunia dan akhirat. insya allah.

syahdu rasanya hati. pertama kali beraya berempat. tanpa adik yang telah kembali ke sisi Pencipta pada Mei lalu. Perginya yang terlalu mengejut memang amat berat dirasakan awal-awal. ibarat seperti bermimpi. mimpi yang tak ingin dihadapi. tetapi hakikat kehidupan mengingatkan kita pada sebuah janji yang tak mungkin termungkiri. janji bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. dan waktunya tidak cepat dan tidak lambat.

sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. maka atas dasar iman & percaya pada qada' dan qadarNya, hati perlahan-lahan meredhai pemergian adik dan belajar menerima ketentuan takdir Ilahi bahwa yang tersurat itu adalah yang terbaik untuknya. juga untuk kami sekeluarga.

Alhamdulillah. segalanya bertambah baik sekarang. cuma saya. saya ni masih lagi bertatih dalam meniti hidup untuk jadi yang terbaik disisi Tuhan. bila agaknya hati betul-betul kukuh menggenggam erat syariat Tuhan? bila agaknya saya bisa menjadi seorang anak, kakak, teman, sahabat, cucu yang terbaik? yang menjadi menyejuk mata & penawar di jiwa mereka yang saya kasih dan cinta. harta yang saya ada di dunia ni.


tentang suasana baru di tempat baru. honestly, semua tempat lebih kurang sama je. cuma adalah sikit lainnya di sini. tapi saya bersyukur sangat. sekurang-kurangnya saya masih rasa keputusan untuk transfer itu tetap yang terbaik dari Dia. di mana-mana pun tetap kena berusaha kan? tetap ada pro dan kontranya. terpulang kepada kita bagaimana mahu mengolah yang ada menjadi permata berharga. everything is up to us.

semoga kehidupan sentiasa dibawah lembayung kasih dan rahmatNya. semoga bahagia itu tetap mewarnai kehidupan biar sepahit mana ujian yang dihadapi. amin~

p/s: thanks for the prayer. and i will always pray for your happiness too. in this life & hereafter. God bless.


enjoy this sweet video.. ;)

Wednesday, August 25, 2010

15 ramadhan 1431

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

lama rasanya tak menulis. susah. seperti terikat segalanya. apa yang ada di minda sekadar berlegar-legar tak mampu dikupas dan diterjemahkan dalam bentuk ayat. kalau jadi penulis ni, mau terlebih dateline dibuatnya. heh. ;p

alhamdulillah. tak sangka, sudah masuk 15 ramadhan hari ni. entah mampu atau tak untuk bertarawikh di surau an-nur lagi. bercakap tentang an-nur, ada suatu tempat bernama an-nur yang mengundang seribu satu rindu dalam hati.

An-Nur, rumahNya di UTP. betapa saya teramat rindukan saat-saat itu. yea. saat-saat yang tak mungkin akan berulang. rindu pada sebuah ukhuwah yang terbina atas dasar iman semata-mata. rindu pada kasih yang terjalin atas dasar kasih saudara seakidah. rindu pada teman-teman itu. yang sengaja saya jauhi. bukan membenci. tapi sebab saya yang terlalu jauh berlari.

tak ape lah. cerita lama usah dibuka. biar saja saya lipat kemas dalam diari hati. jadi pengajaran. atas satu keputusan paling bodoh saya pernah ambil.

dan saya sangka kan itu lah ujian terberat dalam hidup. tapi rupanya, Allah sedang mempersiapkan saya untuk satu ujian yang lebih berat. kehilangan kekasih hati saja sudah buat saya menangis setiap hari selama setahun.

tapi akhirnya, saya tetap mampu bangun semula, walaupun berkali-kali jatuh. dan Allah tak sesekali membiarkan saya terkapai-kapai mencari arah tuju sendirian. langkah demi langkah tetap setia menuntun diri saya.

Perginya seorang adik secara tiba-tiba, bukan sekadar membuatkan saya jatuh terduduk. bahkan, permergiannya adalah petunjuk buat saya. buat kami sekeluarga. sebenarnya, Allah dah bagi tanda-tanda, cuma saya saja yang tak faham. sebab?

mungkin kerana hati yang keras. dek terlalu kurangnya amal..bukan semudah itu hati mampu untuk menafsir pentunjuk Ilahi kalau wahan itu dah bersawang di jiwa dan beraja di hati. penyakit moden zaman sekarang. cuma kita saja yang tak sedar. dan mungkin sengaja tak mahu sedar bila dah tahu. itu lah manusia. (eh, dah melalut.)

ramadhan 1431...

saya tak tahu nak mula daripada mana. tapi seandainya saya bersujud, dan diberi masa selama-lamanya oleh Allah, pun tak akan mampu untuk membayangkan betapa bersyukurnya saya di atas segala-galanya daripada Dia.

sabar itu sudah mula berbuah manis.

dan saya,

saya mulai kembali kepada sebahagian diri yang ditinggalkan atas sebab yang terlalu rumit. saya masih tetap saya. tetapi saya yang pernah saya setkan sebagai benchmark, kayu pengukur itu, sudah hampir kembali semula.

sekolah al mubarak kali ni, saya berazam untuk mengutip segala ibrah dan pengajaran. untuk mendidik diri sendiri. supaya menjadi seperti yang pernah diimpikan.

kpi di antara saya dan Tuhan. itu yang saya kejar dan cuba perbaiki. dunia ini cumalah satu alat untuk kita mendapatkan keredhaanNya dan kehidupan terbaik di akhirat. nothing more than that.



Ya Allah,
kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu,
dan cinta kepada orang yang mengasihiMu,
dan apa saja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu,
Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cintaMu,
dan cinta orang yang mencintaiMu,
serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah,
apa sahaja yang kau anugerahkan kepadaku daripada apa yang kucintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang kucintai,
Maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah,
jadikanlah cintaMu cinta yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah
jadikanlah aku mencintaiMu,
malaikatMu, rasulMu dan hambaMu yang soleh,

Ya Allah,
hidupkanlah hatiku dengan cintaMu
dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai,

Ya Allah,
jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.

(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s)




Saturday, August 21, 2010

cinta ini

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai

Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku

Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..


petikan: sajak Aminah Qutb kepada suaminya; daripada buku Cinta setelah Allah dan Rasul karangan Fatimah Syarha.

Monday, August 2, 2010

all we had ever need


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



ps: enjoy~ :)

Saturday, July 24, 2010

tentang kita


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Friday, July 23, 2010

dear you,


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

there are times when i think imu.

but i know.

this is the best for us. both.

two years of time, can totally change, or either improve someone to be a better person.

but all in all, it's still depends on how much effort and how much do we want to be better. in person. and also as His servant.

imu. and us. still.

it is just sometimes during the journey, we just want to stop for while, and look back.

i guess reminiscing is not a crime, isn't it?


Wednesday, July 21, 2010

unbelievable

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

somehow.

i just couldn't believe it.

perhaps.

neither do u.

if i tell u the story.

ps: to put everything behind need so much energy. but to be ignorant is just a piece of cake. so i choose second option then. :)




Monday, July 19, 2010

where did i go wrong?


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful



the farewell.

in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


im sorry.

for being ruthless and rude.

but i can't help it coz i've been holding it inside for so long.

for that, i couldn't manage to minimize the outburst.

sorry...

for everything.

and yes,

thank you...

for every single thing u did.

perhaps, the friendship just couldn't manage to last long..

but i really enjoyed every single moment when i was with u.

truly from the heart.

feels like, u're the gift from heaven.

God bless...

ps: if one day, He decides to let us meet again..hopefully we can smile and wave at each other like before coz now im starting to miss 'us' and the moment we had before...


Tuesday, July 6, 2010

The Official


in the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

salam.

new blog.

new look.

but still the old me writing.

well, perhaps i could still write up something to give something. and gain something in return.

kenapa ye lari daripada wordpress?

sebab wordpress bosan.

*gelak*

tak boleh nak jadi kreatif sikit. huh. kedekut. semua nak kena bayar. sebab tu lah. lari balik ke blogspot. ngeh.

ok lah.

Cheers!



ps: enjoy the next post later! *senyum*